Program Penghayatan Falsafah & Nilai UiTM anjuran Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Pejabat Pendaftar, Bahagian Transformasi Universiti (BTU) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) diadakan pada 17-19 Mac 2024 di ILD UiTM Bandar Enstek.
Sempat memberi perkongsian Senaman Warisan juga memberi ucaptama Menggapai ke langit mengakar ke bumi kepapa peserta terdiri dari pegawai professional gred 48 ke atas dari pelbagai skim.
Alhamdulillah juga sempat berbuka, bertarawih, berqiam dan bersahur bersama semua peserta. Bersama kita perkukuh jati diri dan iltizam dengan Taqwa untuk Allah menurunkan karamah di Universiti Keramat ini.
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta berTaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.