86% OF FSPPP ALUMNI SERVE AS DIPLOMATIC ADMINISTRATIVE OFFICERS (PTD) IN THE COUNTRY, WHILE 14% SERVE ABROAD
86% ALUMNI FSPPP BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD) DI DALAM NEGARA SEMENTARA 14% BERKHIDMAT DI LUAR NEGARA
Walkabout
The Faculty of Administrative Science and Policy Studies (FSPPP) offers 11 academic programmes from Diploma to PhD degrees. With 3,848 students, 50% of its 82 academic staff have PhD qualifications. Their core areas are Public Administration, Policy Studies, Political Science, Corporate Administration, International Relations & Diplomatic.
During the presentation by the Dean of the faculty, I provided feedback based on the SWOT analysis presented. I suggested that the faculty turn its existing weaknesses into strengths. I also recommend that the faculty's management hire contract staff who focus on the management and operational work of the faculty's income generation activities. In addition, FSPPP needs to promote its activities, achievements, and expertise more actively through popular media channels. At the same time, it should continuously improve its research and publication performance.
FSPPP also has a dual executive master's programme through an MoA with Universitas Airlangga Indonesia. The faculty has 21 international students. 86% of FSPPP Alumni serve as Diplomatic Administrative Officers (PTD) in the country, while 14% of Alumni serve abroad.
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) menawarkan 11 program akademik dari diploma hinggalah ke peringkat PhD. Pada masa kini, FSPPP mempunyai 3,848 pelajar manakala 50% daripada 82 staf akademiknya memiliki kelayakan PhD. Bidang teras FSPPP adalah Pentadbiran Awam, Pengajian Polisi, Sains Politik, Pentadbiran Korporat, Hubngan Antarabangsa & Diplomatik.
Semasa pembentangan oleh Dekan, saya memberi maklum balas berdasarkan kepada analisa SWOT yang dikongsikan oleh fakulti ini. Saya menyarankan agar fakulti mengubah kelemahan yang ada kepada kekuatan. Saya mensyorkan juga, pihak pengurusan fakulti mendapatkan staf kontrak yang memfokuskan kepada kerja pengurusan dan pengoperasian aktiviti penjanaan pendapatan fakulti. Di samping itu, FSPPP perlu mempromosikan dengan lebih giat lagi mengenai aktiviti, pencapaian dan kepakaran menerusi saluran media popular. Di samping meningkatkan prestasi penyelidikan dan penerbitan.
FSPPP juga mempunyai program sarjana eksekutif berkembar menerusi MoA dengan Universitas Airlangga Indonesia. Dalam pada itu, fakulti ini mempunyai 21 pelajar antarabangsa. 86% Alumni FSPPP berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di dalam negara sementara 14% Alumni berkhidmat di luar negara.
<br /><iframe width="500" height="793" style="border: none; overflow: hidden;" src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FVCUiTM%2Fposts%2F133062725784225&show_text=true&width=500" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="allowfullscreen" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>
Ucapan Naib Canselor Sempena Hari Batik Malaysia
Ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM sempena Hari Batik Malaysia pada 3 Disember 2021
<br /><iframe width="500" height="603" style="border: none; overflow: hidden;" src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FVCUiTM%2Fposts%2F132805059143325&show_text=true&width=500" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="allowfullscreen" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>
https://www.youtube.com/watch?v=udI56u_6eiw
SUPERB PRESENTATION AND REPORTING STYLE FROM UiTM NEGERI SEMBILAN BRANCH
PEMBENTANGAN DAN PELAPORAN YANG BAIK DARI UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
Walkabout
My visit to UiTM Negeri Sembilan Branch (UiTM-CNS) began with handing over the Rector's reappointment letter to Professor Dr Yamin Yasin. Congratulations!
During this session, I visited the Rembau, Kuala Pilah, and Seremban campuses. Currently, UITM-CNS has seven faculties and one academy. In addition, UITM-CNS has a total enrolment of 10,901 students and 722 staff. 1.3 percent of the staff are Boomers, 23 percent are Gen X, and 75 percent are Gen Y and Z, of which 24 percent of the academic personnel are PhD holders.
During my presentation, I learned that UiTM-CNS generated RM672 thousand through income generation initiatives. Meanwhile, the performance of research grants grew to 25%, and the number of indexed articles increased to 33%.
Well done on the superb presentation and reporting style, which utilises systematic graphics and data, such as colour codes, percentages, timelines, and data breakdown by category. A brilliant example, and I hope that other branches and PTJs will follow the UiTM-CNS presentation's styles. We must give credit where credit is due.
Nevertheless, we must increase our research and innovation performances, and I urge UiTM-CNS to take a personalised strategy. Make the librarians your best friend when it comes to increasing research and publishing performance. At the same time, write in newspapers, television, and magazines to highlight existing activities, accomplishments, and expertise.
While in the Rembau campus, I had the opportunity to visit the television, radio and news studio and the main control room (MCR) under the Faculty of Communication & Media Studies. Mr Nor Hilmi Mohd Johan and Mrs Admiza, thank you for your detailed explanation.
Then, at the Kuala Pilah campus, I officiated the Anjung Perpatih Hall before visiting the 300-acre Forest Interpretation Centre. The Anjung Perpatih Hall is home to a variety of flora and fauna like the Pacific Swallow, Malayan Tapir, Black Panther, Connarus Semidecandrus, Trema Cannabina, and others. Finally, I took part in a tree-planting event called Balau Kumus Hitam (Shorea Maxwelliana King). Dr Mohd Salleh Daim, En. Muhadirin and his staff deserve special recognition as they administer the Sustainable Forest Interpretation Centre.
Thank you to everyone at #keluargaUiTM in the Negeri Sembilan Branch and also to Assoc. Prof. Zainon Ismail, Mizana Madun, and Izati's feedback. Congratulations to Ts. Dr Eddie Tan Ti Tjih and his team for helping both the industry and the community through their research and innovation.
Lawatan saya ke UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTM-CNS) dimulakan dengan sesi penyerahan surat pelantikan semula Rektor kepada Prof. Dr. Yamin Yasin. Tahniah saya ucapkan.
Pada sesi ini saya melawat ke kampus Rembau, kampus Kuala Pilah dan kampus Seremban.
Ketika ini, jumlah enrolmen UITM-CNS adalah 10,901 dengan 7 fakulti dan 1 akademi, sementara jumlah staf adalah 722 orang di mana 1.3% dari kalangan Boomers, 23% Gen X dan 75% Gen Y dan Z. Untuk rekod, 24% staf akademik UiTM-CNS memiliki kelayakan PhD.
Semasa pembentangan saya dimaklumkan, UiTM-CNS berjaya menjana pendapatan universiti sebanyak RM672 ribu. Manakala, prestasi geran penyelidikan meningkat kepada 25%, dan penerbitan berindeks meningkat kepada 33%.
Syabas, atas pembentangan dan pelaporan yang baik dengan visual serta data yang kemas seperti menggunakan kod warna, peratusan, susur masa, dan pecahan data mengikut kategori. Ini adalah contoh terbaik dan saya berharap cawangan dan PTJ lain boleh mengambil contoh dari pembentangan UiTM-CNS. Pujian hari diberi, apabila ia benar mencapai prestasinya.
Walau bagaimanapun, kita mesti memperbaiki pencapaian penyelidikan dan inovasi, dan saya memohon agar UiTM-CNS menggunakan pendekatan “personalised” bagi mencapai tujuan ini. Kepada pensyarah, jadikan pustakawan sebagai rakan baik anda dalam meningkatkan prestasi penyelidikan dan penerbitan. Dalam waktu yang sama, gunakan juga pendekatan penulisan popular menerusi akhbar, tv dan majalah bagi mempromosikan aktiviti, pencapaian dan kepakaran yang ada.
Semasa di kampus rembau, saya sempat melawat studio TV, studio radio, studio berita dan bilik kawalan utama (MCR) di bawah Fakulti Komunikasi & Pengajian Media. Terima Kasih kepada Encik Nor Hilmi Mohd Johan dan Puan Admiza kerana memberi penerangan yang sangat informatif.
Kemudian di kampus Kuala Pilah, saya telah merasmikan Dewan Anjung Perpatih dan seterusnya melawat ke Pusat Interpretasi Hutan Lestari (Forest Interpretation Centre) yang berkeluasan 300 ekar dengan keindahan spesis flora dan fauna yang pelbagai seperti Burung Layang-Layang Timur, Tenuk , Harimau Kumbang, Akar Kuayah, Trema Cannabina dan banyak lagi. Akhir sekali, saya menyertai aktiviti penanaman pokok yang dikenali sebagai Balau Kumus Hitam (Shorea Maxwelliana King). Terima Kasih kepada Dr. Salleh, En. Muhadirin dan pasukannya yang menguruskan Pusat Interpretasi Hutan Lestari.
Terima kasih kepada semua keluarga UiTM di Cawangan Negeri Sembilan (UiTM Negeri Sembilan - FB Rasmi), kepada Prof. Madya Zainon Ismail, Mizana Madun, dan Izati, atas maklum balas yang diberikan. Tahniah, Ts. Dr. Eddie Tan Ti Tjih dan pasukannya atas penyelidikan dan inovasi mereka, yang memanfaatkan industri dan komuniti.
<br /><iframe width="500" height="812" style="border: none; overflow: hidden;" src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FVCUiTM%2Fposts%2F132684355822062&show_text=true&width=500" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="allowfullscreen" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>
IoT TRANSFORMING THE FUTURE OF AGRICULTURE
IoT MENGUBAH MASA DEPAN PERTANIAN
agriculture
To date, the Faculty of Plantation and Agrotechnology, or FPA, has produced over 15,000 graduates. FPA, which is located on the Jasin campus, offers 17 academic programmes ranging from undergraduate to postgraduate studies. Interestingly, FPA has collaborated with top agro-tech companies to provide a BTech degree (2U1.5i)- Bachelor of Smart Crop Production Technology.
Equipped with modern facilities and cutting-edge technology for teaching and learning as well as research, FPA is utilising IoT for modern farming, including autonomous tractors for precision farming. Its digital plantation that is linked with the SDGs have made the faculty as a centre of reference in the field of plantation management and agrotechnology.
The faculty has 3,749 in enrolment and its primary areas of specialisation include plantation management, crop protection, agricultural business, agricultural biotechnology, soil science, agricultural & biological engineering technology and more. Among the initiatives that have contributed to the university's income generation are Pineapple MD2, Chilis Fertigation, Kelulut Honey, and others. The faculty also worked with overseas partners such as the University of Arkansas in the United States, Nagoya University in Japan, Procter & Gamble (P&G), The University of Queensland in Australia, and Bayers Co.
FPA now has more than RM3.4 million in research funds, and its academicians have been selected as ministerial policy advisors and visiting scientists at abroad. Listening to their presentation during my walkabout tour of this faculty was inspiring, and I commend their unwavering dedication in attending this event.
The faculty must prepare for the future, particularly in terms of food security, by strengthening its research and innovation capabilities. At the same time, remain up to date on your field of expertise and practise good time management, since this indicates your degree of discipline.
Thank you for sharing your concerns during the Q&A, Mr Mohd Khusyairi, Ms Azma, Ms Zaiton, and Ms Samiha. Despite the imbalance plantation personnel, you have handled it successfully; nonetheless, please proceed with your applications and get ratio standards from peer industries, particularly government organisations involved in the agro business.
Following the presentation session, I had the opportunity to see the agrotech plantation, which spans 100 acres. To everyone in Keluarga UiTM at FPA, thank you for your kindness and enthusiasm.
Sehingga kini, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, atau FPA, telah melahirkan lebih 15,000 graduan. FPA, yang terletak di kampus Jasin, menawarkan 17 program akademik yang terdiri daripada pengajian sarjana muda hingga pasca siswazah. Menariknya, FPA telah bekerjasama dengan syarikat teknologi pertanian terkemuka untuk menawarkan Ijazah BTech (2U1.5i)- Sarjana Muda Teknologi Pengeluaran Tanaman Pintar.
Dilengkapi dengan kemudahan moden dan teknologi canggih untuk pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan, FPA menggunakan IoT untuk pertanian moden, termasuk traktor autonomi untuk ‘precision farming’. Perladangan digitalnya yang digandingkan dengan SDG telah menjadikan fakulti ini sebagai pusat rujukan dalam bidang pengurusan perladangan dan agroteknologi.
Fakulti ini mempunyai 3,749 enrolmen dan bidang pengkhususan utamanya termasuk pengurusan perladangan, perlindungan tanaman, perniagaan pertanian, bioteknologi pertanian, sains tanah, teknologi kejuruteraan pertanian & biologi dan banyak lagi. Antara inisiatif yang telah menyumbang kepada penjanaan pendapatan universiti ialah Nanas MD2, Cili Fertigasi, Madu Kelulut, dan lain-lain. Fakulti itu juga bekerjasama dengan rakan kongsi luar negara seperti Universiti Arkansas di Amerika Syarikat, Universiti Nagoya di Jepun, Procter & Gamble (P&G), The University of Queensland di Australia dan Bayers Co.
FPA memperolehi lebih RM3.4 juta dana penyelidikan, dan ahli akademiknya telah dipilih sebagai penasihat dasar kementerian dan saintis pelawat di luar negara. Mendengar pembentangan mereka semasa lawatan walkabout saya di fakulti ini cukup memberangsangkan, dan saya memuji dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi untuk menghadiri acara ini.
Fakulti mesti bersedia untuk masa depan, terutamanya dari segi keselamatan makanan, dengan mengukuhkan keupayaan penyelidikan dan inovasinya. Pada masa yang sama, siapkan diri dengan perkembangan terkini tentang bidang kepakaran anda dan amalkan pengurusan masa yang baik, kerana ia adalah refleksi terhadap tahap disiplin anda.
Kepada En Mohd Khusyairi, Pn Azma, Pn Zaiton, dan Pn Samiha, terima kasih kerana berkongsi pandangan dan soalan anda. Walaupun terdapat ketidakseimbangan kakitangan ladang, anda telah mengendalikannya dengan jayanya; namun begitu, sila teruskan permohonan anda dan dapatkan nisbah piawaian daripada rakan industri terutamanya organisasi kerajaan yang terlibat dalam industri tani.
Selepas sesi pembentangan, saya berpeluang melihat ladang agrotech yang berkeluasan 100 ekar. Kepada semua #keluarga UiTM di FPA (Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA), terima kasih di atas layanan mesra dan semangat yang pastinya memberi inspirasi kepada saya.
<br /><iframe width="500" height="812" style="border: none; overflow: hidden;" src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FVCUiTM%2Fposts%2F132565529167278&show_text=true&width=500" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="allowfullscreen" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>
<a href="/items/browse?advanced%5B0%5D%5Belement_id%5D=40&advanced%5B0%5D%5Btype%5D=is+exactly&advanced%5B0%5D%5Bterms%5D=29+November+2021">29 November 2021</a>
https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/132565529167278
AN AUDIENCE WITH HRH SULTAN SELANGOR, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ AND HRH TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN BY THE VICE CHANCELLOR OF UiTM
SEMBAH MENGADAP NAIB CANSELOR UiTM KE ATAS DYMM SULTAN SELANGOR, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ DAN DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
During an audience with HRH Sultan of Selangor and HRH Tengku Permaisuri, at the Istana Bukit Kayangan, I was accompanied by the Registrar and Asst. Vice Chancellor (Strategy). We presented the current state and progress of UiTM as well as findings of the UiTM’s 20-year Impact Study and exchanged views on higher education, heritage textiles, research, and books.
I felt extremely honoured to receive a collection of books from HRH Sultan of Selangor that included titles like “My First Year Journey-from TV News Anchor to Tengku Permaisuri Selangor”, “SELANGOR-300 Early Postcards by author Cheah Jin Seng”, and “Dapur Istana Alam Shah – Royal Recipe from Tengku Ampuan Rahimah Selangor”.
The experience with Your Majesty Tuanku during the audience session left me with a wonderful feeling of pleasure and great respect. May Allah SWT shower His blessings upon HRH Sultan of Selangor and HRH Tengku Permaisuri.
Menjunjung Kasih Tuanku
DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri berkenan menerima kunjungan mengadap oleh saya bersama Pendaftar dan PNC (Strategi) di Istana Bukit Kayangan hari ini. Kami telah menyembah maklum mengenai perkembangan semasa UiTM serta dapatan Kajian Impak 20 Tahun UiTM dan berkongsi pandangan mengenai pendidikan tinggi, warisan tekstil, penyelidikan dan buku.
Saya dengan rendah diri dan amat berbesar hati menerima hadiah koleksi buku dari DYMM Sultan Selangor yang antaranya bertajuk “My First Year Journey-from TV News Anchor to Tengku Permaisuri Selangor”, “SELANGOR-300 Early Postcards oleh pengarang Cheah Jin Seng”, dan “Dapur Istana Alam Shah – Royal Recipe from Tengku Ampuan Rahimah Selangor”.
Sesungguhnya, saya amat berterima kasih di atas perkenan untuk memohon sembah mengadap ke atas Tuanku. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri.
<br /><iframe width="500" height="806" style="border: none; overflow: hidden;" src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FVCUiTM%2Fposts%2F120231917067306&show_text=true&width=500" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="allowfullscreen" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>
<a href="/items/browse?advanced%5B0%5D%5Belement_id%5D=40&advanced%5B0%5D%5Btype%5D=is+exactly&advanced%5B0%5D%5Bterms%5D=11+Oktober+2021">11 Oktober 2021</a>