Sape and Ulu dance are still vivid in my mind. I was excited as I arrived at UiTM Sarawak Branch where I felt welcomed at the event that was unique and culturally rich with Sarawak hospitality.
The Samarahan 1 Campus covers an area of 350 acres, while the Samarahan 2 Campus spread on 890 acres with the Mukah Campus covering an area of 500 acres. With a total of 832 academic and administrative staff, UiTM CS has 7 professors and 22 Associate Professors. The academic staff with PhD qualifications are 106 people and 32 of them obtained professional qualifications.
Currently, a total of 8,675 students are enrolled in the three campuses pursuing studies from Pre-Diploma to Doctoral level.
UiTM Sarawak Branch (UiTM CS) has a Halal Analysis Laboratory (DNA) at the Institute of Endowment and Halal Research which received initial funding support from Baitulmal Sarawak that amounted to RM500,000.00. It is focused on meat and processed food-based sample analysis activities. In addition, UiTM CS is the first campus to offer the Diploma in Mutawwif Umrah and Ziarah programme.
What caught my attention was the agenda of Jana, Jimat, Jariah (3J) introduced by UiTM CS. It has made significant headway in a variety of activities ranging from asset management to training and education, welfare funds, and product commercialization. Apart from that, UiTM CS also actively collaborates at the international level with various universities such as Beijing Wuzi University China, University of Stavanger, Norway, National Chung Cheng University, Thailand and more. Meanwhile, UiTM CS was awarded an international research grant of RM 5,430,269.00. In addition to working on the Smart Lobsters Hatchery Nursery & Grow Out Project, UiTM CS has entered into a strategic cooperation with TERAJU - Bumiputera Agenda Steering Unit for the Ecotourism project to strengthen the Socio-Economy of Sarawak Communities in Pulau Salak, Lawas, and Murum Penan.
Throughout my service at UiTM, that was the first time I visited the Mukah Campus. My perspective has changed; I now see Mukah campus as a possible destination to become a "Learning Lab for the World." When I met Keluarga UiTM in Sarawak, I could see and feel the positive energy coming from the achievers, especially when I got to know the "1 week - 1 news" initiative. It became clear that you are all very active, consistent, and dynamic in every initiative that you have undertaken together.
UiTM CS is impressive because of the numerous efforts undertaken and achievements accomplished, but I could only mention a few in my latest post in Rozie Times. I'd like to thank the entire Keluarga UiTM Sarawak Branch for the excellent hospitality and the efficient coordination of "Rozie takes a walkabout tour to UiTM Sarawak Branch." InsyaAllah, we will meet again, and I look forward to receiving the latest updates and achievements from UiTM CS as together we committedly drive the GRU2025.
“JANA, JIMAT, JARIAH” TARIK PERHATIAN SAYA SEMASA BELOYAR DENGAN KELUARGA UiTM CAWANGAN SARAWAK.
Alunan Sape dan tarian Ulu masih segar diingatan saya. Terharu, itu ungkapan pertama saat tiba di UiTM Cawangan Sarawak. Lawatan saya disambut dengan penuh berbudaya yang menampilkan keunikan Sarawak.
Kampus Samarahan 1 berkeluasan 350 ekar, manakala Samarahan 2, berkeluasan 890 ekar dan Kampus Mukah adalah seluas 500 ekar. Dengan seramai 832 orang staf akademik dan pentadbiran, UiTM CS mempunyai 7 orang profesor dan 22 orang Profesor Madya. Tenaga akademik yang berkelayakan PhD adalah 106 orang dan 32 orang pula mempunyai kelayakan profesional.
Pada masa kini seramai 8,675 pelajar mendaftar di ketiga-tiga kampus yang mengikuti pengajian dari Pra-Diploma ke peringkat Kedoktoran.
UiTM Cawangan Sarawak (UiTM CS) mempunyai Makmal Analisis Halal (DNA) di Institut Perwakafan dan Penyelidikan Halal yang mendapat sokongan dana awal dari Baitulmal Sarawak sejumlah RM500,000.00. Ia memfokuskan kepada aktiviti penganalisaan sampel berasaskan daging dan makanan terproses. Selain itu UiTM CS adalah kampus yang pertama menawarkan program Diploma Kemahiran Mutawwif Umrah dan Ziarah.
Apa yang menarik perhatian saya adalah konsep Jana, Jimat Jariah (3J) yang diperkenalkan oleh UiTM CS. Konsep 3J ini telah diperkembangkan dengan baik dalam pelbagai bentuk inisiatif dari aspek pengurusan aset, latihan dan pendidikan, tabung kebajikan dan pengkomersilan produk. Selain itu UiTM CS juga giat menjalinkan kerjasama di peringkat antarabangsa dengan beberapa universiti seperti Beijing Wuzi University China, University of Stavanger, Norway, National Chung Cheng University, Thailand serta banyak lagi. Manakala UiTM CS juga berjaya memperoleh geran penyelidikan antarabangsa berjumlah RM 5,430,269.00. Di dalam negara, UiTM CS telah menjalinkan kerjasama strategik bersama TERAJU – Unit Peneraju Agenda Bumiputera bagi projek Ekopelancongan untuk memperkasa Sosioekonomi Komuniti Sarawak di Pulau Salak, Lawas dan Murum Penan di samping mengusahakan Smart Udang Galah Hatchery Nursery & Grow Out Project.
Sepanjang perkhidmatan saya di UiTM, inilah kali pertama saya melawat Kampus Mukah. Perspektif saya kini berubah, saya melihat kampus Mukah sebagai berpotensi untuk dijadikan destinasi “Learning Lab for the World”. Apabila saya bersua dengan keluarga UiTM di Sarawak saya dapat melihat dan merasai aura tenaga mereka yang beprestasi tinggi, apatah lagi apabila mendengarkan inisiatif “1 minggu - 1 berita” , ternyata anda semua sangat aktif, konsisten dan dinamik dalam setiap inisiatif yang dijayakan bersama.
Banyak lagi sebenarnya usaha dan kejayaan dari UiTM CS, namun saya hanya sempat berkongsi secara ringkas dalam nota saya di Rozie Times pada kali ini. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh keluarga UiTM Cawangan Sarawak atas layanan mesra dengan koordinasi “Rozie takes a walkabout tour to UiTM Cawangan Sarawak” yang sungguh lancar. InsyaAllah, kita berjumpa lagi dan pastinya saya akan terus mendengar khabar berita kejayaan yang seterusnya dari UiTM CS yang komited dalam merealisasikan matlamat kita ke arah GRU2025.
“ORGANISASI INI ADALAH BADAN, JIWANYA ADALAH ORANGNYA” – REKTOR UiTM PULAU PINANG. Rektor Uitm Pulau Pinang
Description:My first walkabout tour to the branch campuses started with a delicious Nasi Lemak breakfast specially prepared by the UiTM Hotel Penang. From the briefing session led by the Rector of Campus to coffee tasting by the barista Encik Azlan Salim, Senior Lecturer of the Hotel & Tourism Management, my visit to the UiTM Penang Branch (UiTMCPP) was filled with such interesting discoveries.
My visit itinerary continued with the I-mistroom project presented by Dr. Hamid Yusoff (project leader), Ir. Dr. Sh Mohd Firdaus and Assoc. Prof. Ir. Dr Koay Mei Hyie. The I-mistroom project develops a smart urban oyster mushroom system that has scientifically improved the productivity (up to 60%) and quality of oyster mushrooms. The project has helped the small industries and B40 communities in Perak, Kedah, Penang and Kelantan through consultancy and corporate social responsibility work. I congratulate the team on their many local as well as international innovation and invention achievements.
I was pleased to officiate the Micro-farm, a modern IoT & ANN enabled farm led by Ts Mohamed Syazwan Osman. It is collaborative venture involving Ir Ts Dr Samsul Setumin, Ts Mohd Ikmal and Dr Mohd Subri Mohd Subri Tahir together with the Seberang Jaya Community College and Tuanku Sultanah Bahiyah Polytechnic, Kulim. The farm is operated by MIdory Farm Enterprise – a company established by the students of the UiTMCPP and co-funded by the Department of Agriculture, Penang.
The UiTMCPP Micro-farm is developed using the IoT technology and Artificial Neural Network (ANN) applied in agriculture. Among the crops grown are Fig Trees, lettuce in the cabin and aquaponics (tilapia and herbs). It is envisaged that Micro-farming will grow and establish UiTMCPP as a smart agricultural incubation centre for UiTMCPP students, industry and community as well as bringing an impact to UiTM and the nation. My walkabout to UiTM CPP ended with a tree planting ceremony held near the UiTMCPP Library (PTAR) and He&She Café. Earlier, I had gone to see the students who decided to stay on campus at residential colleges. Fatin Izzati and Isarah Putri Khairina were two of the many I met including SN Husinbanu Zakaruddin who is in responsible in facilitating the RTK-Antigen testing. Lawatan pertama saya ke kampus cawangan dimulakan dengan hidangan Nasi Lemak yang enak disediakan khas oleh Hotel UiTM Pulau Pinang. Dari sesi taklimat yang diketuai oleh Rektor Kampus hingga mencuba kopi yang disediakan oleh barista Encik Azlan Salim, Pensyarah Kanan Pengurusan Hotel & Pelancongan, lawatan saya ke UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dipenuhi dengan penemuan yang menarik.
Jadual lawatan saya diteruskan dengan pembentangan projek I-mistroom oleh Dr Hamid Yusoff (Ketua Projek), Ir. Dr. Sh Mohd Firdaus dan Assoc. Prof Ir. Dr Koay Mei Hyie. I-mistroom adalah projek pembangunan sistem cendawan tiram bandar pintar yang secara saintifik meningkatkan produktiviti (sehingga 60%) dan kualiti cendawan tiram. Projek ini telah membantu industri kecil dan komuniti B40 di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan melalui kerja perundingan dan tanggungjawab sosial korporat. Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan yang terlibat atas kejayaan inovasi dan pencapaian di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Dengan sukacita juga saya merasmikan ladang Mikro, ladang moden IoT & ANN yang diketuai oleh Ts Mohamed Syazwan Osman. Beliau bekerjasama dengan Ir Ts Dr Samsul Setumin, Ts Mohd Ikmal dan Dr Mohd Subri Mohd Subri Tahir serta Kolej Komuniti Seberang Jaya dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Ladang ini dikendalikan oleh MIdory Farm Enterprise - sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh pelajar UiTMCPP dan dibiayai bersama oleh Jabatan Pertanian, Pulau Pinang.
Ladang Mikro UiTMCPP dibangunkan menggunakan teknologi IoT dan Artificial Neural Network (ANN) yang diterapkan dalam pertanian. Antara tanaman yang ditanam diusahakan adalah Pokok Tin, tanaman salad Selada dalam kabin dan Akuaponik (Tilapia dan Herba). Dijangkakan pertanian mikro akan berkembang dan menjadikan UiTMCPP sebagai pusat inkubasi pertanian pintar untuk pelajar UiTMCPP, industri dan komuniti berhampiran serta membawa impak kepada UiTM dan negara. Perjalanan saya ke UiTMCPP diakhiri dengan upacara penanaman pokok yang diadakan berhampiran Perpustakaan UiTMCPP (PTAR) dan He & She Café. Sebelum itu, saya sempat menemui pelajar yang memilih untuk menetap di kolej kediaman dalam kampus. Fatin Izzati dan Isarah Putri Khairina adalah dua di antara ramai yang sempat saya temui termasuk Puan Husinbanu Zakaruddin, Jururawat Kanan yang bertanggungjawab dalam menjalankan ujian RTK-Antigen. [show more]
Universiti Teknologi MARA (UiTM) recently had signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia (IAIS) and Syria Care. The event was held asynchronously recorded on 13th November 2020 at Level 7, Tuanku Syed Sirajuddin Chancellery Building, UiTM Shah Alam.
The MoU signing ceremony was signed by Emeritus Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim (Vice-Chancellor of UiTM), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Hashim Kamali (Founding CEO of International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia) and Puan Siti Sakinah Meor Omar Baki (Chairperson of Syria Care). The signing was witnessed by Assoc. Prof. Dr. Nurhidayah Hashim; Dean Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Assoc. Prof. Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil; Deputy CEO of International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia and Ustaz Rizal Ali; Vice Chairman of Syria Care. ACIS also invited Associate Prof. Hajah Norshiha Saidin (Head of Community Networking Unit) to witness this signing ceremony at UiTM.
Through this MoU, several initiatives have been planned to strengthen the role of Islam as the platform towards a better understanding and cooperation between ethnics and social groups in the country. This MoU sees that these three institutions are very committed to engage in research collaborations that could formulate practical recommendations and rectify misrepresentations of Islam through colloquia, publications and other media. Simultaneously, this MoU also aims to instill a spirit of volunteerism and helping people. With the establishment of this MoU between UiTM, IAIS and Syria Care Malaysia, may all new partners would seize the opportunity to gain experience and expand their research insights internationally and bring UiTM to the international arena in general and Islam in particular.
The MoU signing ceremony ended with a memorable group photography session.
The emphasis on soft skills initiatives and required work skills in the 21st century is described in Strategy 1: Strengthening Talent Excellence in the Graduate Employability Strategic Plan 2021-2025. In line with that, on 02 July 2022, UiTM Sabah Branch, in collaboration with Yayasan Juwita, held a #gradflex programme: Confident Communication for Career Success. It focuses on communication and soft skills through seminars and workshops, intending to prepare students' competencies and skills in these two areas before they enter the workforce.
UiTM targets 90% of its graduates' employability through initiatives that drive towards achieving the shared aspirations of GRU2025. Such efforts are among the best examples of us producing highly competitive graduates. I believe that the activities held can add value to students' academic quality and development, providing a meaningful learning experience for them.
Congratulations to the Rector of the UiTM Sabah Branch and the Keluarga UiTM in Sabah for successfully organising the event. I hope the participants benefit greatly from the activities that have taken place.
Many thanks to YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Minister of Higher Education, for officiating the event. Thank you also to Dato' Rosni Zahari, Chairman of Yayasan Jiwa, for the collaboration in this programme; we look forward to the next one. ~RT
#GRADFLEX MEMPERKASA KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN INSANIAH.
Dalam Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 – 2025, penekanan berkenaan inisiatif kemahiran insaniah dan juga kemahiran keperluan pekerjaan abad ke-21 digariskan di bawah Strategi 1: Pengukuhan Kecemerlangan Bakat. Sejajar dengan itu, pada 02 Julai 2022 yang lalu, UiTM Cawangan Sabah dengan kerjasama Yayasan Juwita telah mengadakan program #gradflex : Confident Communication for Career Success. Ia memfokuskan kepada kemahiran komunikasi dan insaniah menerusi ceramah serta bengkel yang bertujuan mempersiapsiaga kompetensi dan keterampilan mahasiswa dalam dua kemahiran tersebut sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
UiTM mensasarkan 90% kebolehpasaran graduannya, ia diusahakan dengan mengaktifkan inisiatif-inisiatif yang memacu ke arah mencapai aspirasi bersama GRU2025. Usaha sebegini adalah antara contoh terbaik dalam kita melahirkan graduan yang berdaya saing tinggi. Saya percaya aktiviti yang diadakan dapat memberi nilai tambah terhadap kualiti akademik dan pembangunan pelajar yang memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna buat mereka.
Tahniah kepada Rektor UiTM Cawangan Sabah serta Keluarga UiTM di Sabah atas kejayaan penganjuran acara tersebut. Saya berharap para peserta dapat memperoleh manfaat baik dari pengisian aktiviti yang telah diadakan.
Terima Kasih yang tidak terhingga buat YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi kerana merasmikan majlis ini. Terima Kasih juga buat Dato’ Rosni Zahari, Pengerusi Yayasan Jiwa atas kolaborasi dalam program ini, semoga ia dapat diteruskan pada masa akan datang. ~RT
After the live broadcast of CTWR Ep.4 at PTAR (UiTM Library), Puncak Alam Campus, I returned to Shah Alam Campus to attend the signing of the Memorandum of Understanding (MoU) between Universiti Teknologi MARA (UiTM) and TikTok.
This collaboration was initiated by UiTM Sabah Branch through a fun learning programme with TikTok called "TikTok Guru Bah!". I am happy to see the commitment of UiTM Sabah Branch to actively take the initiative to explore new opportunities. I congratulate the Rector, staff and students of UiTM Sabah Branch for using social media technology as a new approach to creative knowledge sharing.
TikTok is not only a news and entertainment channel, but also provides learning content co-curated by TikTok users around the world. Today, many educators and students use TikTok to share information, research findings, research methods and educational tips in a unique and dynamic approach to capture audience attention, in addition to its concept of short, compact, and interactive content.
The joyful and energetic atmosphere during the ceremony inspired me to spontaneously use the phrase #KitaKawan as a symbolic hashtag to mark the friendship between UiTM and TikTok. I am confident that the collaboration with TikTok will achieve the "three degrees of separation" through the curation of content by students, researchers and lecturers that will not only benefit academia but also provide education to the community through the TikTok platform.
Congratulations to the Industry, Community, and Alumni Network Division (ICAN), UiTM Sabah Branch and TikTok for their efforts in organising the UiTM - TikTok MoU Ceremony.
Many thanks to Mr Darrent Quek Yi Fong, TikTok Malaysia Operations Strategy Manager, Mr Conrad Edmund Bateman, Head of Communications, Tiktok Malaysia, Singapore and Philippines, and Mr Stephen Lim, Co-Founder of Internspoon Sdn. Bhd. #KitaKawan!
Photos by : Office of the Vice-Chancellor (Industry, Community and Alumni Network)
#KITAKAWAN TANDA SIMBOLIK PERSAHABATAN UiTM DAN TIKTOK
Selesai bersiaran langsung CTWR Ep.4 di PTAR, Kampus Puncak Alam, saya kembali ke kampus Shah Alam bagi menghadiri majlis menandatangani MoU di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan TikTok.
Inisiatif ini pada mulanya digerakkan oleh UiTM Cawangan Sabah menerusi program pembelajaran menyeronokkan bersama TikTok yang dikenali sebagai “TikTok Guru Bah!”. Saya gembira melihat kesungguhan UiTM Cawangan Sabah yang aktif mengambil inisiatif mengeksplorasi potensi baharu. Syabas saya ucapkan kepada Rektor serta staf dan pelajar UiTM Cawangan Sabah yang memanfaatkan teknologi media sosial sebagai pendekatan baharu dalam penyampaian ilmu secara kreatif.
TikTok bukan sahaja menjadi saluran berita, hiburan tetapi diimbangi dengan kandungan pembelajaran yang dikurasikan bersama oleh pengguna TikTok di seluruh dunia. Pada masa kini, ramai pendidik dan pelajar menggunakan TikTok untuk berkongsi ilmu, penemuan kajian, metodologi kajian, tips pendidikan dalam kaedah penyampaian yang unik dan dinamik sekali gus menarik minat audien, tambahan pula konsepnya yang menekankan kandungan ringkas, padat dan interaktif.
Suasana ceria dan bertenaga ketika majlis, mengilhamkan saya untuk secara spontan menyatakan ekspresi #KitaKawan sebagai tanda simbolik persahabatan UiTM dengan TikTok. Saya berharap kerjasama dengan TikTok akan mencapai tahap 3 degress of separation dengan kurasi kandungan oleh pelajar, penyelidik dan pensyarah yang bukan sahaja memanfaatkan dunia akademia malah memperkasa masyarakat dengan pendidikan di platform TikTok.
Syabas kepada Bahagian Jaringan Industri, Komuniti & Alumni (ICAN), UiTM Cawangan Sabah dan pasukan TikTok yang terlibat dalam mengkoordinasikan Majlis MoU UiTM – TikTok.
Kepada Encik Darrent Quek Yi Fong, Pengurus Startegi Operasi TikTok Malaysia, Encik Conrad Edmund Bateman, Ketua Unit Komunikasi, Tiktok Malaysia, Singapura dan Filipina, Encik Stephen Lim, Pengasas Bersama Internspoon Sdn. Bhd. terima kasih saya ucapkan. #KitaKawan!
Foto oleh : Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni)
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Coffee Talk With Rozie (CTWR) kini kembali di tahun 2023!
x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a">
Sekali lagi CTWR telah mencapai keseimbangan antara kandungan yang santai tapi penuh dengan pelbagai maklumat.
CTWR 2023 juga telah memperkenalkan tagline yang baru iaitu “The Next Chapter” yang bersesuaian dengan fasa peralihan UiTM ke arah a Globally Marketable University pada tahun 2023.
Episod kali ini telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis, 16 Februari 2023, secara langsung menerusi saluran YouTube UiTM, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Pada kali ini, saya telah menjemput seorang tamu panelis untuk membincangkan mengenai “The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in 2023”, iaitu Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad.
Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad merupakan Penolong Naib Canselor (Strategi), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mengetuai Bahagian Transformasi Universiti (BTU), UiTM.
Dalam episod kali ni, Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad telah membincangkan mengenai pelbagai perkara.
Menurut beliau, Bahagian Transformasi Universiti (BTU) memainkan peranan penting dalam perancangan dan pemantauan pelaksanaan pelan strategik UiTM2025 dengan matlamat menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan dengan memberikan kefahaman mendalam kepada semua warga UiTM melalui pelbagai inisiatif. Antaranya, konsultansi secara langsung bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ), libat urus, pelaporan secara bulanan dan pembentangan capaian universiti secara sukuan tahun.
Secara asasnya BTU mengkoordinasi perancangan strategik UiTM melalui tiga (3) teras strategik dan Sembilan (9) tema strategik dan strategi-strategi setiapnya di bawah tanggungjawab 9 Pengarah Peneraju. Demi mencapai tujuan itu, kerjasama semua PTJ dan warga UiTM keseluruhan adalah penting dalam merealisasikan matlamat strategik UiTM.
Setiap strategi dan sasaran capaian diterjemahkan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Petunjuk Prestasi (PI) agar pencapaian yang ditetapkan dapat diukur. Bagi tahun 2023 Universiti mempunyai 20 KPI dan 116 PI. Justeru, BTU bertanggungjawab mengkoordinasi sasaran keseluruhan bagi 5 tahun i-UiTM 2025. Sasaran tersebut akan diserahkan kepada Pengarah Peneraju. Fungsi BTU juga adalah sebagai medium pemudahcara kepada Pengarah Peneraju dalam menurunkan sasaran sebenar kepada pelaksana yang terdiri daripada 23 Fakulti dan Kolej Pengajian, 13 Kampus Negeri dan 14 COE. Pengarah Peneraju merangka formula berdasarkan kepada keperluan KPI/ PI, dan kekuatan sesebuah PTJ seperti bilangan staf dan pelajar. Sebagai contoh penulisan; sasaran penarafan QS dan MyRA merujuk kepada UiTM Selangor, oleh itu, sasaran yang lebih besar adalah ditumpukan kepada UiTM Negeri Selangor.
Penyerahan KPI dan PI berlaku, selepas kelulusan dibuat di peringkat Majlis Eksekutif Universiti (MEU). Setiap sasaran diserahkan secara tahunan kepada semua Pengarah Peneraju dan Pengarah Peneraju mengagihkan kepada PTJ mengikut formula yang telah ditetapkan. Setiap individu staf akademik dan bukan akademik perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan capaian matlamat strategik UiTM, ketampakan dan impak UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, pengagihan oleh Pengarah Peneraju akan berdasarkan kepada tren capaian tahun-tahun sebelumnya dan merujuk kepada polisi-polisi terkini berkaitan seperti satu (1) pensyarah (1) penerbitan (Pekeliling Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Bil 1/2020).
Bagi tujuan pelaporan capaian universiti, data- data akan dikemaskini oleh semua PTJ ke dalam sistem Pengarah Peneraju pada setiap 1hb hingga 4hb setiap bulan (contoh: sistem NILAM bagi KPI/ PI yang melibatkan MoU/MoA). Selepas data dikemaskini, Peneraju akan menyemak, membuat validasi dan melaporkan pada sistem UePMO pada 5hb hingga 8hb. Seterusnya Pengesahan Pencapaian PTJ oleh Dekan/Rektor/Pengarah PTJ dibuat pada setiap 9hb hingga 12hb. Selepas Tarikh tersebut, BTU akan memproses dan menerbitkan pencapaian skor bulanan dalam tempoh 13hb hingga 18hb melalui dashboard yang boleh diakses oleh Pengarah Peneraju dan wakil PTJ. Asas kiraan bagi setiap PI ini adalah capaian sasaran yang ditetapkan berdasarkan pemberat dan Definasi Operasi (OD) PI berkaitan. Pencapaian UiTM akan dikongsikan kepada warga melalui dashboard secara bulanan, mesyuarat dan pembentangan kepada warga setiap suku tahunan.
BTU merupakan tulang belakang universiti dalam menggerakkan agenda UiTM2025 dengan jumlah kekuatan seramai 23 orang yang merangkumi 7 fungsi utama iaitu (1) Pembangunan, Pelaksanaan dan pemantauan pencapaian Pelan Strategik UiTM2025, (2) Mensinergi dan mengkoordinasi Pengarah Peneraju dan Pelan Tindakan Strategik PTJ, (3) Menerajui Transformasi Organisasi dan Minda, (4) Pembangunan dan Pengurusan Sistem Data, Penyepaduan, dan Gudang Data, (5) Statistik dan Analitik Data, (6) Penyelidikan Institusi, dan (7) Hala Tuju Strategik dan kemampanan Penjanaan Pendapatan UiTM, serta di sokong oleh unit pentadbiran BTU secara keseluruhan.
Pada tahun ini UiTM2025 sedang menelusuri ke arah fasa kebolehpasaran antarabangsa (Globally Marketable) selepas pelbagai inisiatif antarabangsa giat dijalankan pada tahun 2021 dan 2022. Fasa ini merujuk kepada kemampuan staf (staf akademik, bukan akademik dan pelaksana), pelajar, graduan/ alumni UiTM yang mula mendapat perhatian, dikenali dan diterima di peringkat dunia. Kolaborasi berimpak bersama alumni, industri dan komuniti adalah amat penting dalam memastikan kelestarian pendidikan tinggi dan pembangunan UiTM secara keseluruhan untuk anak bangsa bumiputera dan Malaysia. Seiring dengan perkembangan dunia yang semakin pantas, UiTM terus mengukuhkan matlamat universiti keramat dengan melihat perancangan bagi tempoh 15 tahun seterusnya. Justeru itu, kerjasama daripada semua individu warga UiTM, pemegang taruh adalah kunci utama dalam mencapai matlamat strategik UiTM. Bagi mencapai matlamat itu, setiap individu perlu menjalankan amanah masing-masing berpandukan matlamat strategik iaitu untuk menjadi Globally Renowned University (GRU) 2025 dan Globally Marketable University 2023. Nilai-nilai organisasi (Excellance, Synergy, Integrity) dan nilai-nilai individu (ilmu, disiplin, amanah, rajin, dan tanggungjawab) perlu diamalkan oleh semua pemimpin dan warga UiTM. Kunci kejayaan adalah tindakan dan perlaksanaan projek berstrategik sejajar dengan perancangan, kelestarian tindakan bersama di peringkat operasi, taktikal dan eksekutif, dan tindakan kesegerakkan minda, hati, jiwa dan fizikal/ jasmani setiap warga UiTM.
Episod kali ini juga diserikan dengan kemunculan Prof. Biswajeet Pradhan dari University of Technology Sydney, Australia yang telah berkongsikan beberapa tips untuk UiTM lebih terkehadapan dalam pasaran global. Antara tips yang diberikan beliau adalah dengan meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa, menghasilkan program dwi-akademik bersama universiti antarabangsa, melantik profesor-profesor bertaraf dunia, dan memperkukuhkan hubungan bersama alumni.
Terima kasih diucapkan buat Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad dan Prof. Biswajeet Pradhan atas perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pasukan Coffee Talk With Rozie, pasukan teknikal, pensyarah dan tenaga kerja dari Kolej Pengajian Seni Kreatif dan sudah tentunya tamu panelis pada hari ini iaitu Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad dan Prof. Biswajeet Pradhan.
Jumpa lagi di Coffee Talk With Rozie (CTWR) 2023 episod seterusnya!
COFFEE TALK WITH ROZIE 2023 EPISODE FEBRUARY WITH PROF. TS. DR. NOR HAYATI SAAD
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Coffee Talk With Rozie (CTWR) is now back in 2023!
Once again CTWR has struck a balance between relaxed and informative content.
CTWR 2023 has also introduced a new tagline, "The Next Chapter", which corresponds to UiTM's transition to a globally marketable university in 2023.
This episode was successfully broadcast live via UiTM's YouTube channel on Thursday 16 February 2023 at Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
This time I have invited a special panellist to speak on the topic "The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in 2023", namely Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad.
Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad is the Assistant Vice Chancellor (Strategy) at Universiti Teknologi MARA (UiTM) and heads the University Transformation Division (BTU), UiTM.
During this episode, Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad provided valuable insights on the UiTM2025 strategic plan and the crucial role of the University Transformation Division (BTU) in its implementation. Specifically, the BTU is responsible for planning and overseeing the implementation of the UiTM2025 strategic plan to make UiTM a globally renowned university in the fields of Science, Technology, Humanities, and Entrepreneurship. This role includes providing in-depth knowledge of its mission to all UiTM staff through various initiatives, namely direct consultation with the Responsibility Centre (PTJ), engagement, monthly reporting and quarterly presentation of the university's achievements.
BTU fundamentally coordinates the strategic planning of UiTM through three (3) strategic thrusts and nine (9) strategic themes and strategies, each under the responsibility of 9 Lead Directors. The cooperation of all the responsibility centres (PTJ) and UiTM staff is essential for the realisation of UiTM's strategic goals.
In order to measure the performance set, each strategy and access target is translated into Key Performance Indicators (KPIs) and Performance Indicators (PIs). For 2023, the university has 20 KPIs and 116 PIs. BTU is therefore responsible for coordinating the overall 5-year i-UiTM 2025 target. Once the target has been established, it is then handed over to the Lead Director. BTU also acts as a facilitator for the Lead Directors in communicating the actual target to the implementers, which include 23 Faculties and Colleges of Studies, 13 State Campuses and 14 Centres of Excellence (COEs). The Lead Director then creates a formula based on the KPI/PI requirements and the strengths of a responsibility centre such as the number of staff and students. For example, if the QS and MyRA rating targets for writing (publication) relate to UiTM Selangor, greater weight is placed on achieving the target for UiTM Negeri Selangor.
The delivery of KPIs and PIs takes place after approval by the Executive Council of the University (Majlis Eksekutif Universiti - MEU). Each target is submitted annually to all Lead Directors, who then distribute the targets among the responsibility centres according to a set formula. Academic and non-academic staff must play their respective roles to ensure the achievement of UiTM 's strategic goals, visibility and impact at national and international levels. In addition, distributions are made by the Lead Director based on past trends and with reference to the latest relevant policies such as the 'one lecturer, one publication' (The Deputy Vice-Chancellor's Circular - Research & Innovation, No. 1/2020).
For reporting purposes, performance data is updated by all responsibility centres into the Lead Director's system every 1st to 4th of the month (e.g. in NILAM system for KPI/PI pertaining to MoU/MoA). After the data is updated, the Leader checks and validates the data and prepares a report in the UePMO system between the 5th and 8th of the month. Next, from the 9th to the 12th of the month, the confirmation of the achievement of the responsibility centres is done by the Dean/Rector/Director. BTU will then process and publish the achievement of the monthly score sometime between the 13th and 18th of the month via the dashboard accessible to the Lead Director and the responsibility centre representatives. The basis for each of these PIs is the achievement of objectives based on the weighting and Operational Definition (OD) of the corresponding PI. UiTM achievements are communicated to staff via the monthly dashboard, meetings and presentations on a quarterly basis.
To reiterate: BTU is the backbone of the university in the implementation of the UiTM2025 agenda with a total strength of 23 people and 7 main functions, namely (1) developing, implementing and monitoring the outcomes of the UiTM2025 Strategic Plan, (2) synergising and coordinating the Lead Directors and the Strategic Action Plans of the responsibility centres, (3) leading the organisational and intellectual transformation, (4) development and management of the data system, integration and data warehouse, (5) statistics and analytical data, (6) institutional research, and (7) strategic direction and sustainability of UiTM income generation, supported by the BTU administrative unit as a whole.
This year, UiTM2025 is heading towards the Globally Marketable phase, following the active implementation of various international initiatives in 2021 and 2022. This phase is about the capabilities of UiTM staff (academic, non-academic and implementers), students and alumni/graduates who have begun to gain global attention, recognition and acceptance. Collaboration with alumni, industry and the community is critical to the sustainability of higher education and the overall development of UiTM for Bumiputera and Malaysian citizens. In line with the fast-paced nature of today's world, UiTM continues to strengthen the university's goals by considering the planning for the next 15 years. Therefore, cooperation among UiTM staff and stakeholders is key to achieving UiTM's strategic goals. To achieve this, each individual must fulfil their responsibilities based on the strategic goal of becoming a Globally Renowned University (GRU) in 2025 and a Globally Marketable University 2023. Organisational values (excellence, synergy, integrity) and individual values (knowledge, discipline, trust, diligence and responsibility) should be lived by all leaders and warga UiTM. The key to success is the action and implementation of strategic projects in line with planning, the sustainability of joint actions at operational, tactical and executive levels, and the synchronisation of the actions of the mind, heart, body and soul of each warga UiTM.
This episode also features Prof. Biswajeet Pradhan from the University of Technology Sydney, Australia, who shared some tips on how UiTM can become more competitive in the global market. These include increasing the number of international students at UiTM, creating dual academic programmes with international universities, appointing world-class professors, and reconnecting with alumni.
Thank you to Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad and Prof. Biswajeet Pradhan for a fascinating and valuable exchange.
I would like to thank and congratulate the entire Coffee Talk With Rozie team, the technical team, the lecturers and staff of the College of Creative Arts, and of course the guest speaker, Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad.
See you again in the next episode of Coffee Talk With Rozie (CTWR) 2023!
Subject:Peranan WANITA dalan PEMBENTUKAN Jati Diri Bangsa
Description:SHAH ALAM: Tidak sampai 50 peratus negara di seluruh dunia yang penduduk wanitanya mencapai tahap pendidikan di peringkat sekolah rendah atau kesetaraan dalam gender persekolahan di peringkat itu.
Malah, peratusan negara yang mempunyai penduduk wanita ke sekolah di peringkat menengah hanya sekadar 24 peratus sementara kelompok jantina itu ke peringkat pengajian tinggi pula dilaporkan lebih rendah.
Data berkenaan dikongsikan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr. Roziah Mohd. Janor yang memaklumkan, wujud ketidakseimbangan pendidikan dalam kalangan 192 negara di seluruh dunia.Bagaimanapun, katanya, Malaysia tidak tergolong dalam kelompok yang mana penduduk wanitanya ketinggalan dalam pendidikan apabila dasar mewajibkan semua rakyat ke sekolah dikuatkuasakan kerajaan.
“Kalau saya sebut statistik di seluruh dunia, sebanyak 129 juta wanita tidak bersekolah. Hanya 42 peratus negara yang mencapai kesetaraan gender dalam sekolah rendah, jadi kita kena bersyukur duduk Malaysia.
“Saya sebut ini sebab pelajar-pelajar kita yang berusia 18 tahun ke atas, kena bersyukur duduk di Malaysia sebab kita ada dalam negara disebutkan. Kita ada polisi yang semua kena pergi sekolah tak kira lelaki atau wanita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam webinar Dialog Kepimpinan Wanita Muda UiTM anjuran Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) dan Persatuan Wanita UiTM (Pewani) dikendalikan Timbalan Yang Dipertua II Pewani, Profesor Dr. Hamidah Mohd. Saman hari in, yang menekankan kepentingan wanita dan bangsa dalam membentuk jati diri.
Dalam dialog tersebut, Roziah menekankan pembangunan kendiri wanita tidak seharusnya melihat kepada persaingan antara jantina ataupun orang lain, sebaliknya perlu menjadikan diri sendiri pesaing dalam menentukan pencapaian lebih baik di masa hadapan.
Malah, beliau turut menekankan wanita berupaya menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi, masyarakat atau negara, namun perlu mendidik diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan serta memupuk keberanian dalam membuat keputusan.
“Wanita kena peka tentang pengurusan, yang paling utama sekali adalah keupayaan membuat keputusan. Kalau tak berani membuat keputusan kita menjadi orang nombor dua, hendak membuat keputusan mesti jadi nombor satu.
“Kalau kita hendak bersaing dengan diri kita, perlu perbaiki diri supaya jati diri kita lebih kukuh, kalau semalam kita tak cerdik, hari ini kita mesti lebih cerdik. Dari segi kerohanian, kalau semalam kita kurang beriman, hari ini kita mesti jadi lebih beriman.
“Kalau jasmani, sekarang kita berat lebih 80 kilogram, hari ini kita perbaikinya. Kalau kita hendak bersaing dengan orang, kita akan gagal untuk membentuk jati diri kumpulan atau bangsa,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
Description:Bertempat di Kompleks IRMI, Bangunan Wawasan, UiTM Shah Alam, telah diadakan Majlis Pelancaran Research Garden IRMI dan Hari Penyelidikan UiTM. Majlis yang berlangsung pada 30 Ogos 2016 itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM. Research garden merupakan satu konsep inovasi yang dapat mentransformasikan pembangunan dan perkhidmatan penyelidikan IRMI yang sedia ada. Antara jenis perkhidmatan yang ditransformasikan oleh pihak IRMI adalah;
1. IRMI Dropbox
2. Laluan Stairs to Soar - Research Garden UiTM
3. Sudut Paparan Penyelidikan (Research Display Corner)
4. Pasar Penyelidikan (Research Souq)
5. Pusat Sehenti Komuniti Penyelidikan (OSRCS - One-Stop Research Community Services)
6. Sudut Pembicara (Speaker’s Corner)
7. Sudut Jaringan (Networking Corner); dan
8. Taman Penghargaan (Garden of Fame) [show more]