Penganugerahan Kepimpinan MPP UiTM Se-Malaysia Kini Melalui Sistem Penjurian Berasaskan Anugerah Tokoh Siswa

JOHOR BAHRU, 17 JANUARI 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah mengadakan Malam Penghargaan dan Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM se-Malaysia sesi 2021/2022 (MAPAM 2023) pada 7 Januari yang lalu dan disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor.

BHEP UiTM memainkan peranan dalam memulakan dan mewujudkan satu sistem penganugerahan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) se-Malaysia melalui sistem penjurian yang berasaskan Anugerah Tokoh Siswa (ATS) yang merupakan sebuah inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mengangkat nilai kepimpinan mahasiswa di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

https://news.uitm.edu.my/penganugerahan-kepimpinan-mpp-uitm-se-malaysia-kini-melalui-sistem-penjurian-berasaskan-anugerah-tokoh-siswa/
17/1/2023
Datuk Naib Canselor Merasmikan Majlis Penghargaan Dan Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia Sesi 2021/2022

Pada hari Sabtu, 7 Januari 2023, satu Majlis Penghargaan dan Anugerah Kepimpinan (MAPAM) telah dirasmikan Yang Berbahagia Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM. Majlis anugerah ini adalah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM seMalaysia bagi sesi 2021/2022. Majlis ini merupakan satu usaha dan peluang oleh UiTM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) untuk memberi penghormatan dan meraikan pencapaian para pemimpin pelajarnya, iaitu barisan MPP UiTM, sepanjang setahun tempoh perkhidmatan yang telah menunjukkan kebolehan yang membanggakan dalam kepimpinan dan pencapaian yang tinggi dalam aktiviti akademik, kokurikulum, mahupun khidmat masyarakat. Lapan anugerah telah diberikan kepada 24 penerima. Turut dihadiri Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi ,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Saunah Zainon, Rektor UiTM Johor, Dr Shahsuzan Zakaria, Pengarah Pembangunan Pelajar, dan Rasydan Mohd Hassan, Yang DiPertua MPP.

Penganjuran majlis ini juga usaha serampang dua mata pihak BHEP UiTM untuk mengenalpasti tokoh kepimpinan pelajar UiTM untuk pencalonan anugerah kepimpinan mahasiswa anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi, iaitu Anugerah Tokoh Siswa (ATS). ATS adalah satu anugerah berprestij peringkat kebangsaan dalam dunia kepimpinan mahasiswa di Malaysia.

Datuk NC berharap calon-calon yang bertanding di peringkat MAPAM dan dicalonkan di peringkat ATS mampu mengangkat nama UiTM di peringkat ATS dan meletakkan MPP UiTM berada seiring dan relevan dengan barisan IPT UA dan US yang lain.

Tahniah kepada jawatankuasa pelaksana majlis yang menganjurkan inisiatif seumpama yang memberi pendedahan awal kepada barisan MPP khususnya untuk menganjurkan program yang berimpak tinggi serta melibatkan diri sehingga ke peringkat tertinggi di masa hadapan.

Adalah diharapkan penganjuran majlis sebegini diteruskan untuk mengiktiraf usaha dan kejayaan MPP sepanjang tahun kepimpinan, dan sebagai pemangkin dalam meningkatkan pembangunan modal insan dan nilai kepimpinan MPP yang diiktiraf berkualiti dan dinobatkan setimpal usaha mereka dalam menganjurkan program.

https://www.facebook.com/VCUiTM
7/1/2023