Sambutan hari kebangsaan meriah, dengan hujan renyai pagi mudah-mudahan tanda rahmat. Alhamdulillah, cuaca selepas itu cerah dan baik sehingga selesai majlis. Semoga jiwa warga Malaysia benar-benar Merdeka!
Alhamdulillah pagi 4 September 2024, diperkenan untuk sembah mengadap dan sembah taklimat kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Alhamdulillah hadir ke Perasmian Pertandingan "Malaysia Rocket Competition 2024" Sempena Minggu Sains Negara Malaysia Madani 2024 yang akan diadakan di Institut Kepimpinan &Pembangunan (ILD) UiTM, Perak malam tadi.
Pagi tadi hadir di UPSI, YB Menteri Pertahanan, YB DS Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan upacara pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tauliah Kehormat Askar Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).
Alhamdulillah pagi tadi bersama Rektor UiTM Cawangan Kedah, YBhg. Prof. Dr. Roshima Said membuat kunjungan sembah menghadap KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, di…