Malaysia MADANI
MALAYSIA MADANI
Meluncurkan Malaysia MADANI sebuah kerangka visi baru buat negara, suatu ikhtiar nirmala yang bersepadu dan holistik, bertunjangkan dasar-dasar yang berorientasikan masa depan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum.
Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAT), N (keyakiNan) dan I (Ihsan) yang menjadi tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.
Lapan inisiatif baharu bagi memperkasa bumiputera hasil Kongres Ekonomi Bumiputra (KEB) 2024.
View this post on Instagram
#MalaysiaMADANI
#KEB2024
MAHASISWA UiTM SAMBUT KUNJUNGAN YAB PERDANA MENTERI
7 April 2023 | Shah Alam YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengiringi YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang hadir membuat lawatan rasmi ke UiTM Shah Alam pagi tadi. Ketibaan beliau telah dialu-alukan oleh barisan pengurusan tertinggi UiTM bersama-sama 241 orang anggota Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia. Selain mendengar pembentangan daripada YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, YAB Perdana Menteri telah turut menyertai sesi dialog bersama para mahasiswa.
Dalam wacana tersebut, YAB Perdana Menteri telah membuka ruang kepada mahasiswa untuk melontarkan pelbagai pandangan, cadangan dan keluhan berkisar kehidupan sebagai seorang pelajar. Usai dialog, beliau terus ke Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM bagi menunaikan solat fardhu Jumaat dan solat sunat hajat secara berjemaah bersama warga universiti tersebut. Hadir sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT; dan YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Raduan Che Rose, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM).
#MalaysiaMADANI #UiTM