UiTM IKTIRAF APEL BEKERJA SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN

apel.PNG

Title

UiTM IKTIRAF APEL BEKERJA SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN

Description

Satu sidang media telah diadakan pada 30 September 2016 di Aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin bagi memaklumkan mengenai sistem Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau juga dikenali sebagai Accreditation of Prior Learning (APEL). Majlis ini dihadiri oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said (Naib Canselor UiTM).

Program APEL ini merupakan satu inisiatif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam mendukung lonjakan ketiga daripada 10 lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi (Pendidikan Tinggi) 2015 hingga 2025. Program ini telah menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang mempunyai pendidikan formal mahupun tidak formal untuk berpeluang melanjutkan pelajaran di UiTM dalam pelbagai bidang sarjana muda dan pascasiswazah.

Collection

Tags

Citation

“UiTM IKTIRAF APEL BEKERJA SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 16, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/107.

Output Formats