Perkongsian Hantaran : Ucapan Tahniah Kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Yang Baharu, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim

Title

Perkongsian Hantaran : Ucapan Tahniah Kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Yang Baharu, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim

Description



Datuk Dr. Anesee Ibrahim Ketua Setiausaha Baharu KPT

Putrajaya, 10 Mac 2025 - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang baharu, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, memulakan tugasnya hari ini dengan sambutan mesra oleh warga kementerian. Sambutan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Datuk Mohamad Azhan Md. Amir, serta barisan kepimpinan tertinggi KPT.

Pelantikan Datuk Dr. Anesee menggantikan Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang bersara wajib pada 3 Mac lalu. Beliau berpengalaman luas dalam sektor awam dan pendidikan, termasuk sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Berkelulusan Doktor Falsafah dari Durham University, United Kingdom, beliau juga merupakan alumni UiTM.

Dengan kepakaran dalam pentadbiran dan pendidikan, pelantikannya diharap dapat memperkukuh agenda pembangunan pendidikan tinggi negara selari dengan aspirasi kerajaan MADANI untuk sistem pendidikan tinggi yang berkualiti dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Globally Renowned, Locally Rooted

اوسها تقوى موليا

#UiTM
#UiTMDiHatiku
#LocallyRooted
#alumniuitm

Source

Official Facebook Page : Kementerian Pendidikan Tinggi

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1AFF3vmuEr/

Files

Selamat Datang KSU KPT (1).jpg
Selamat Datang KSU KPT (2).jpg
Selamat Datang KSU KPT (3).jpg
Selamat Datang KSU KPT (4).jpg
Selamat Datang KSU KPT (5).jpg
Selamat Datang KSU KPT (6).jpg
Selamat Datang KSU KPT (7).jpg

Collection

Citation

“Perkongsian Hantaran : Ucapan Tahniah Kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Yang Baharu, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 31, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1076.

Output Formats