Majlis Perbarisan Penutup Latihan PALAPES UiTM 2025 di UiTM Cawangan Selangor

Title

Majlis Perbarisan Penutup Latihan PALAPES UiTM 2025 di UiTM Cawangan Selangor

Description




Selesai program Wacana Halatuju UiTM2030, kami ke UiTM Cawangan Selangor yang menjadi tuan rumah bagi Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan PALAPES UiTM 2025, yang telah bermula sejak 23 Februari 2025.

Selaku Ketua Komandan dan Kepten (K) PSSTLDM, kami dijemput untuk menyempurnakan Majlis Perbarisan Penutup Latihan, bertempat di Padang Kawad Kampus Puncak Alam, yang melibatkan seramai 580 orang terdiri daripada Pegawai, Jurulatih, Staf, dan Pegawai Kadet Palapes UiTM.

Dalam ucapan, sempat mengingatkan Pegawai Kadet untuk mengambil ibrah dari peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah, bersamaan 17 Mac 624M, genap 1401 tahun yang lalu. Ini memberi gambaran bagaimana sahabat-sahabat Nabi saw, yang dijanjikan Syurga, berperang dalam keadaan berpuasa. Alhamdulillah, semuanya telah berjaya menjalani latihan dalam bulan puasa.

Turut hadir menyantuni majlis adalah sahabat karib kami, YBhg Kolonel Haji Ridzwan Shoib, Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor selaku tuan rumah, bersama barisan pengurusan kanan UiTM. Majlis diakhiri dengan Berbuka Puasa Bersama Komandan PALAPES UiTM.

Usaha menyemai sifat disiplin, sayangkan tanah air, setia kepada Raja dan Negara demi perjuangan mempertahankan Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Globally Renowned, Locally Rooted
‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#Ramadan
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/16QTqXRLar/

Files

Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (1).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (2).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (3).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (4).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (5).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (6).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (7).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (8).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (9).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (10).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (11).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (12).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (13).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (14).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (15).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (16).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (17).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (18).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (19).jpg
Majlis Penutup Kem Tahunan PALAPES  (20).jpg

Collection

Citation

“Majlis Perbarisan Penutup Latihan PALAPES UiTM 2025 di UiTM Cawangan Selangor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1097.

Output Formats