Mengukuh Silaturrahim, Menyambut Syawal: Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan 2025
Title
Mengukuh Silaturrahim, Menyambut Syawal: Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan 2025
Description
Tengah hari tadi, saya berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri sempena sambutan peringkat kebangsaan yang diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
Majlis ini turut dihadiri oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Ketua Menteri Melaka, YB Menteri-menteri Kabinet, Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN), YB Exco Kerajaan Negeri Melaka, serta jemputan kenamaan yang lain.
Saya mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dan bermaaf-maafan bersama para jemputan yang hadir. Ramai juga sahabat-sahabat lama yang sudah lama tidak bersua. Alhamdulillah, moga Allah SWT tautkan ukhwah dan rapatkan silaturrahim sesama kita. Amin.
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1CYYFcfz4g/
Collection
Citation
“Mengukuh Silaturrahim, Menyambut Syawal: Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan 2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 24, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1155.