Perkongsian Hantaran : Cuti Raya Sudah Habis
Title
Description
Selamat kembali bertugas dan kembali ke kuliah kepada seluruh warga dan pelajar UiTM.
Ramai juga yang baru nak mula puasa enam hari hari ini. Teruskan usaha terbaik ini!
Bagi yang berpuasa tanpa henti sejak Syawal bermula, tahniah dan syukur kerana telah menyempurnakan puasa enam dan sudah 'Raya Puasa Enam'. Alhamdulillah.
Hadis riwayat Muslim daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
(Riwayat Muslim, no. 1164)
Teruskan mujahadah dan istiqamah, kerana itulah sebaik-baik amal yang dicintai Allah SWT.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا، وَإِنْ قَلَّ
Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan, walaupun sedikit.
(Riwayat Muslim, no. 1780)
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا
#UiTM
#UiTMDiHatiku
#LocallyRooted
#SemesterBaharuSemangatBaharu