Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Polis Negara ke UiTM
Title
Description
Hari ini menerima tetamu istimewa, Timbalan Ketua Polis Negara, Yang Dihormati Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang membuat kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UiTM.
Terima kasih Dato’ Seri Panglima kerana sudi berkunjung ke pejabat VC UiTM. Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama, termasuk perkongsian pengalaman dan pendekatan dalam kepimpinan serta pembangunan organisasi. Mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat Datuk Seri, insya-Allah. Amin
Sempat juga menitip pin Alumni UiTM buat Datin Sri Dato’ Zalena yang merupakan alumni UiTM, di samping dua orang anakanda Datuk Seri yang turut merupakan alumni UiTM. Datuk Seri sendiri adalah alumni UKM. Berseloroh dengan beliau, “UKM kena jaga 152, kita di UiTM jaga 153.”
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#EidMubarak
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku