NAIKTARAF ITM KEPADA UiTM
Title
NAIKTARAF ITM KEPADA UiTM
Description
Tarikh keramat pada 26 Ogos 1999, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pengisytiharaan Institut Teknologi MARA kepada Universiti Teknologi MARA dalam Perhimpunan Perdana Siswazah Institut Teknologi MARA yang dihadiri lebih 15,000 staf, pelajar dan alumni di Stadium Melawati Shah Alam. Pengisytiharaan ini merupakan satu pengiktirafan yang terlalu bernilai buat UiTM kerana ianya merupakan satu perjuangan yang telah lama tertangguh sejak tahun 1974.
Bermula dari tarikh tersebut, RAng Undang-undang ITM (Pindaan) telah dibacakan di Dewan Rakyat (4) pada Noivember 1999 dan telah diluluskan pada 25 Februari 2000 serta Dewan Negara pada 8 Mei 2000. Dengan keputusan pindaan Akta 1976 tersebut (Akta173), Institut Teknologi MARA diletakkan setaraf dengan Universiti lain di negara ini.
Canselor pertama yang dilantik adalah Yang DiPertuan Agong ke 11 iaitu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Manakala Datuk Prof. Ir. Dr. Haji Ahmad Zaidee bin Laidin merupakan Naib Canselor UiTM pertama yang menyambung jawatannya sebagai Rektor UiTM pada ketika itu.

Source
https://archive.uitm.edu.my/publication/corporate-memory/sambutan-20-tahun-pengisytiharan-itm-kepada-status-universiti
Publisher
Jabatan Arkib Universiti
Date
Citation
“NAIKTARAF ITM KEPADA UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 25, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/117.