Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat dan Sesi Dialog YAB Perdana Menteri di UIA
Title
Description
Tahniah kepada YAB Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim atas penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Undang-Undang dari Shenandoah University, Virginia, Amerika Syarikat.
Majlis penganugerahan ini disempurnakan oleh President dan Chairman Board of Trustee Shenandoah University pagi tadi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Selepas itu, YAB Perdana Menteri telah mengadakan sesi dialog bersama warga UIA, berkongsi ikhtiar Kerajaan MADANI dalam mendepani pelbagai cabaran, termasuk usaha Malaysia menyelesaikan beberapa isu mutakhir yang membelenggu dunia hari ini.
YAB Perdana Menteri juga telah menjawab soalan yang diajukan oleh mahasiswa dan staf berkaitan pembangunan mahasiswa, peluang pekerjaan serta usaha pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Selesai majlis, YAB Perdana Menteri sempat makan tengah hari di cafeteria bersama mahasiswa sebelum meninggalkan majlis. Kami terus solat Jumaat di Masjid UIA.
Terima kasih kepada kekanda Rektor UIA yang telah mengundang kami untuk hadir sama pagi tadi.
Hadir sama juga YAB MB Selangor, YBTM KPT, Datuk KSU dan Datuk Prof KPPT.
Sempat menyantuni mantan menteri KPT, berjumpa sahabat-sahabat UIA dan Alumni UiTM, serta bersalam Hari Raya untuk merapatkan ukhwah.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#EidMubarak
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️