MAJLIS PELANCARAN READ@UNI UiTM
Title
MAJLIS PELANCARAN READ@UNI UiTM
Description
Pada malam 2hb Oktober 2019 (Rabu), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Majlis Pengetua Kolej UiTM shah Alam telah mengadakan Majlis Pelancaran Read@Uni Peringkat UiTM diadakan merupakan simbolik tanda sokongan dan pelaksanaan program Read@Uni yang telah diadakan di UiTM seluruh Malaysia dengan pelaksanaan sebanyak 130 aktiviti, 19 205 penyertaan yang terdiri dalam kalangan warga UiTM dan Komuniti Luar.
Program Read@Uni dengan Slogan “With Knowledge We Lead” telah dilaksanakan dengan penyelarasan oleh perpustakaan di semua IPT Awam dan Swasta bagi menyemarakkan lagi kempen budaya membaca di institusi masing-masing dan membantu dalam menyokong aspirasi mewujudkan dekad membaca 2030. Program ini akan dilaksanakan secara terancang dan berterusan di seluruh UiTM bagi memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan ke arah mewujudkan warga universiti berbudaya membaca dan cintakan ilmu

Source
Citation
“MAJLIS PELANCARAN READ@UNI UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 29, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/119.