Perkongsian Hantaran : Majlis Sua Raya UiTM 2025 'Raya Ceria, Silang Budaya'
Title
Perkongsian Hantaran : Majlis Sua Raya UiTM 2025 'Raya Ceria, Silang Budaya'
Description

Majlis Sua Raya Aidilfitri Universiti Teknologi MARA (UiTM) tahun ini diraikan dalam suasana penuh kesederhanaan dan rasa hormat berikutan pemergian YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025, bersamaan 15 Syawal 1446.
Walaupun dalam suasana duka, majlis yang bertemakan 'Silang Budaya, Raya Ceria' tetap diteruskan sebagai platform untuk merapatkan ukhuwah dan meraikan kepelbagaian budaya warga universiti.
Para hadirin terdiri daripada warga UiTM pelbagai latar belakang yang hadir bagi mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan sempena Syawal.
Penganjuran majlis ini turut mencerminkan nilai murni dalam meraikan perayaan secara sederhana namun penuh makna, sejajar dengan semangat perpaduan dan hormat terhadap peristiwa semasa negara.
Globally Renowned, Locally Rooted.
اوسها تقوى موليا
#UiTM
#UiTMDiHatiku
#LocallyRooted
#SuaRayaUiTM2025"
Source
Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1AGyovUkcj/
Collection
Citation
“Perkongsian Hantaran : Majlis Sua Raya UiTM 2025 'Raya Ceria, Silang Budaya',” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1190.