Majlis Jasamu Dikenang 2023 & 2024 : Penghargaan Kepada Kakitangan Dan Pesara UiTM
Title
Majlis Jasamu Dikenang 2023 & 2024 : Penghargaan Kepada Kakitangan Dan Pesara UiTM
Description

Pagi tadi menyempurnakan Majlis Jasamu Dikenang (MJD) Tahun 2023 dan 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Dengan tema "Indahnya Beraya di Desa", majlis pada tahun ini melambangkan semangat kebersamaan, kekeluargaan dan kemesraan meraikan seramai 462 orang pesara UiTM yang telah berjasa dalam membangun serta memperkasakan Universiti keramat ini. Penghargaan pada hari ini juga diberikan kepada 262 penerima Anugerah Khidmat Setia 25 tahun dan 192 penerima Anugerah Khidmat Setia 30 tahun. Mengambil peluang juga untuk beramah mesra dengan semua yang hadir dan bergambar dengan pesara-pesara yang diraikan. Terima kasih semua Jasamu dikenang! “Hidup dikandung adat, mati dikandung budi” Globally Renowned, Locally Rooted دمي اڬام بڠسا دان تانه اير اوسها تقوى مليا #vcuitm7 #GRU2025 #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/18iPSAU5T1/
Collection
Citation
“Majlis Jasamu Dikenang 2023 & 2024 : Penghargaan Kepada Kakitangan Dan Pesara UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 4, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1196.