Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan Bil. 1/2025
Title
Description
Tiada yang lebih menggembirakan seorang guru apabila melihat anak didiknya menjadi seorang yang berjaya.
Pagi tadi, memohon izin untuk keluar sebentar dari Mesyuarat Lembaga Pengarah UiTM untuk menyambut ketibaan YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang telah memilih UiTM sebagai lokasi untuk Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan Bil. 1/2025.
YB merupakan batch kedua tahun 2002, Program Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian), Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM), kini Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Pada waktu itu, kami menjadi Prof. Madya dan Timbalan Dekan Akademik.
Pantas waktu berlalu, kisah 20 tahun yang lalu, sempat bercerita tentang KUTKM di rumah kedai di Taman Tasik dan FTMK di Fasa B, TTU, Ayer Keroh.
YB adalah anak kampung Sabah yang benar-benar menggunakan peluang pendidikan tinggi yang disediakan untuk mentransformasi diri, seorang pelajar aktif dan dari awal memperlihatkan ciri kepimpinan dengan menjadi pemimpin di kalangan mahasiswa.
Kami juga sempat memberi maklumat kepada YBM tentang keadaan semasa UiTM, komposisi anak negeri Sabah dan perkembangan UiTM Cawangan Sabah. Sebelah petang, YBM bersama Mahasiswa UiTM dan merasmikan kafe usahawan pelajar.
Terima kasih YB.
UiTM juga komited untuk sama-sama membangunkan koperasi di kalangan mahasiswa, staf, dan alumni. Tahniah MASMED atas penganjuran program.
FTMK UTeM
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku