RESEARCH GARDEN

Title

RESEARCH GARDEN

Description

Bertempat di Kompleks IRMI, Bangunan Wawasan, UiTM Shah Alam, telah diadakan Majlis Pelancaran Research Garden IRMI dan Hari Penyelidikan UiTM. Majlis yang berlangsung pada 30 Ogos 2016 itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM. Naib Canselor dalam ucapan beliau melahirkan rasa bangga terhadap inisiatif oleh IRMI melalui konsep inovasi ini dalam memperkasa hala tuju penyelidikan. Selain itu, IRMI juga sedang giat mengusaha projek Lembah Ilmu yang akan menjadi lokasi perkongsian strategik penyelidikan UiTM dengan penyediaan prasarana penyelidikan sepunya, terancang dan setanding dengan universitiuniversiti lain di Malaysia.

Date

30 Ogos 2016