Meraikan Bakal Haji UiTM: Bekalan dan Pesanan Penting dalam Menghadapi Musim Haji 1446H

Title

Meraikan Bakal Haji UiTM: Bekalan dan Pesanan Penting dalam Menghadapi Musim Haji 1446H

Description



Pagi tadi meraikan bakal haji warga UiTM musim 1446H seramai 40 orang dari kampus Shah Alam dan melebihi 130 orang untuk seluruh kampus UiTM. Alhamdulillah, direzkikan memberi sedikit titipan kepada bakal Tetamu Allah tentang bekalan yang perlu dibawa dan larangan utama yang didasarkan kepada ayat 197 Surah Al-Baqarah:

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ

(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh mencampuri isteri, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.

Berpesan juga apabila secara fizikalnya memakai pakaian Ihram, ditanggalkan juga segala pakaian rohani, dan dipakaikan hanya pakaian takwa!

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Semoga semuanya dimudahkan urusan manasik Haji dan direzkikan Haji yang Mabrur, amin .

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1BPWWvsWuy/

Files

VC Meraikan Bakal jemaah Haji  (1).jpg
VC Meraikan Bakal jemaah Haji  (2).jpg
VC Meraikan Bakal jemaah Haji  (3).jpg
VC Meraikan Bakal jemaah Haji  (4).jpg
VC Meraikan Bakal jemaah Haji  (5).jpg
VC Meraikan Bakal jemaah Haji  (6).jpg
VC Meraikan Bakal jemaah Haji  (7).jpg
VC Meraikan Bakal jemaah Haji  (8).jpg

Collection

Tags

Citation

“Meraikan Bakal Haji UiTM: Bekalan dan Pesanan Penting dalam Menghadapi Musim Haji 1446H,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 19, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1214.

Output Formats