Menghargai Pesan Arwah: Menjadikan Masjid Rumah Kita, Mendapatkan Rohani yang Tenang dan Pahala Berterusan
Title
Description
Antara pesan Ketua Kampung kami waktu kami memohon restu untuk bermusafir menuntut ilmu ke Amerika Syarikat, kami ingat dan amal serta simpan ilmu dan pesan arwah rapat-rapat, kami di kampung panggil arwah, Che Aid, pesannya; kalau musafir jumpa masjid berhenti, Solat, kalau bukan waktu, Tahiyatulmasjid pun cukup, tanda cinta Masjid, bila bermukim jadikan Rumah Allah Rumah kita… katanya lagi, nanti ia jadi kenderaan mudah melintas titian sirat, Alhamdulillah, diamal hingga kini, lama juga mencari-cari hadis atau nasnya.. Alhamdulillah direzkikan..
Terima kasih Profesor Madya Dr Najahudin Bin Lateh, Pengarah Zawaf yang mencarikan hadis ini setelah saya nyatakan belum jumpa hadisnya…
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ اَلْمَسْجِدُ بَيتُ كُلِّ تَقِيٍّ وَتَكَفَّلَ اللَّـهُ لِمَن كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى صِرَاطٍ إِلَى رِضْوَانِ اللَّـهِ إِلَى الْجَنَّةِ
Daripada Abi al-Darda, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Masjid itu rumah bagi setiap orang yang bertakwa. Allah menjamin bagi orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan roh yang tenang, rahmat, dan memudahkan melintas titian sirat menuju redha Allah ke syurga-Nya. (al-Tabrani, 6020, Hadith Hasan)
Mahukan roh yang tenang, rahmat dan mudah melintasi sirat… ayuh kita jadikan Masjid rumah dan persinggahan kita, insyaAllah Amin…
Moga Allah tempatkan Arwah Che Aid, Allahyarham Tuan Haji Said Bin Hashim, yang mewaqafkan tanahnya menjadi tapak Masjid Kg Sepinang, Segamat, di kalangan orang yang Soleh, Amin moga ditambah ganjaran pahala atas ilmu yang diajar dan kita jariahkan diruang ini…
Salam Jumaat…
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku