Perkongsian Hantaran : Lawatan YBM Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi Ke UiTM Kampus Tapah
Title
Perkongsian Hantaran : Lawatan YBM Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi Ke UiTM Kampus Tapah
Description

"
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan merasmikan UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah pada Ogos 2024 yang lalu. Setakat ini, kampus ini menawarkan sembilan program utama daripada Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, Fakulti Perakaunan dan Fakulti Sains Gunaan.
Saya juga mengadakan pertemuan dengan Pengurusan Kanan JHEP UiTM, Dekan dan Timbalan Dekan HEP UiTM daripada 34 kampus keseluruhan UiTM. Kami berbincang beberapa perkara perihal pelajar dan juga pembangunan kampus. Antara isu utama yang dibangkitkan ialah mengenai kesihatan mental para pelajar dan juga staf sendiri. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum akan hal ini dan saya sendiri telah berbincang bersama dengan kementerian lain yang turut terlibat sama iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat bagi sama-sama mengenalpasti cara mengatasi isu ini. Pada masa sama di peringkat universiti, kaunselor turut akan memainkan peranan bagi membantu pelajar atau staf yang terlibat dalam perkara ini.
Selain itu, saya juga berkongsi dengan semua yang hadir agar kita dapat bekerja dalam satu jemaah dan pasukan. Elakkan budaya hasad dengki, ‘whatsapp layang’ dan juga membunuh mana-mana karakter hanya kerana kepentingan peribadi. Pada masa sama, saya juga menekankan tentang Subjek Mata Pelajaran Umum (MPU) yang sedang diperhalusi dan akan diperkasakan. Kita tidak mahu meremehkan subjek MPU yang dianggap sebagai subjek asal lulus sahaja tetapi penerapan nilai dalam subjek ini sangat penting.
Insya-Allah saya percaya dengan kesungguhan para pentadbir, pengurusan, ahli akademik, staf dan juga pelajar UiTM, pasti akan membantu menaikkan taraf UiTM sebagai salah satu IPT yang menjadi perhatian di peringkat rantau ASEAN dan juga global.
#UiTM
#KPT
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#doczam "
Source
Official facebook Page : Zambry Abd. Kadir
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1BLmuGYkUP/
Collection
Citation
“Perkongsian Hantaran : Lawatan YBM Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi Ke UiTM Kampus Tapah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 16, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1225.