MAJLIS SELAMAT DATANG DAN SERAHAN TUGAS NAIB CANSELOR BAHARU

Title

MAJLIS SELAMAT DATANG DAN SERAHAN TUGAS NAIB CANSELOR BAHARU

Description

Tanggal 1 Februari 2016 merupakan hari bersejarah bagi Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said yang telah dilantik sebagai Naib Canselor UiTM yang baharu. Ketibaan beliau disambut oleh Pengurusan Tertinggi UiTM di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin. Majlis ringkas ini dimulakan dengan mengetik kad perakam waktu di ruang lobi diikuti dengan majlis bacan Yassin dan doa selamat di aras 7. Naib Canselor turut menyampaikan ucapan aluan dan hasrat beliau untuk meneraju UiTM ke peringkat yang lebih tinggi. Majlis turut dihadiri oleh Pengurusan Kanan UiTM, Dekan-dekan Fakulti dan juga Rektor Kampus Negeri.

Pada sebelah petangya pula, bertempat di Hotel UiTM Shah Alam telah diadakan Sesi Penyerahan Nota Serahan Tugas Naib Canselor. Naib Canselor terdahulu YBhg. Tan Sri Dato Sri’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah menyerahkan nota serahan tugas kepada Naib Canselor. Majlis tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Academician Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM.

Publisher

Files

bulitinsalam2016_004.jpg

Tags

Citation

“MAJLIS SELAMAT DATANG DAN SERAHAN TUGAS NAIB CANSELOR BAHARU,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 3, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/123.

Output Formats