Penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus kepada Bapa Seni Bina Negara, Arkitek Hijjas Kasturi
Title
Description
Alhamdulillah, hari ini membuka tirai Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-101 dengan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada bapa seni bina negara, Arkitek Hijjas Kasturi, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, Kampus Shah Alam.
Penganugerahan kepada tokoh arkitek negara itu disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Zarinah Anwar.
Penghargaan ini diberikan atas jasa besar Arkitek Hijjas yang menjadi pengasas 'School of Applied Arts' di Institut Teknologi MARA (kini UiTM) pada 1967 dan asas kepada penubuhan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) pada hari ini.
Beliau tidak hanya dikenali melalui karya ikoniknya seperti Menara Maybank, Menara Telekom, dan Kompleks Haji Sepang, malah turut memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan tinggi Bumiputera. Seronok berbual dengan Arkitek Hijjas apabila beliau berbahasa Melayu; beliau berbahasa Melayu Singapura, tempat kelahiran beliau.
Tahniah Profesor Emeritus Arkitek Hijjas Kasturi!
UiTM sekali lagi mencatat sejarah apabila seramai 26,696 graduan bakal menerima diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️