Kumpulan Kombo 2 Dari Fakulti Muzik UiTM Curi Tumpuan di Pentas Konvokesyen
Title
Description
Ramai yang tertarik dengan Kumpulan Kombo 2, Fakulti Muzik yang membuat persembahan Untuk Mu Ibu di Konvokesyen tempohari, sememangnya semuanya istimewa tapi ramai yang tertarik dengan anakanda pemain gitar pink.
Berikut dikongsikan siapa mereka yang pastinya anak-anak hebat mahasiswa UiTM, yang tetap sopan penuh santun dan manis dalam menyampaikan persembahan mereka.
Senarai Nama Kumpulan Kombo 2, Fakulti Muzik UiTM:
Pianist & Arranger
Amirul Rasyid Bin Imran
Bachelor of Music Composition (Honors)
Electric Bass
Muhammad Aiman Za’im Bin Sharuddin
Bachelor of Music Performance (Honors)
Drum
Andrian Macdy Anak Gretol
Diploma in Music
Electric Guitar
Afina Nazihah Anuar
Tamat Diploma (Feb 2025)
Electric Guitar
Irfan Danish Bin Amir Hamzah
Tamat Diploma (Oktober 2024)
Vokal
Adriana Zahra Binti Johari
Diploma in Music
Istimewa, saudara Irfan, kidal dengan memetik gitar dengan tangan kiri manakala pemain gitar Pink, Saudari Afina telah mula bermain gitar sejak Darjah 2 dengan minat yang mendalam, pernah membuat persembahan di sekolah dalam usia 10 tahun dan kini mempunyai Channelnya sendiri, semoga tercapai cita-citanya menjadi seorang Pensyarah Muzik dan sama-sama kita doakan mereka semua berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat InsyaAllah, amin.
Pautan Berkaitan
Artikel MSTAR Online
Youtube Channel
ITM dari dahulunya berpegang kepada falsafah bahawa semua manusia mempunyai bakat, minat dan kecenderungan dan jika diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui pemindahan ilmu pengetahuan dari mana-mana kebudayaan atau tamadun dunia secara terbuka serta melalui pemindahan dan penerapan nilai-nilai Islam, boleh berperanan dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku