Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101: Pengijazahan Graduan dari UiTM Cawangan Perak

Title

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101: Pengijazahan Graduan dari UiTM Cawangan Perak

Description

Alhamdulillah, pada petang 20 Mei 2025, saya direzkikan untuk menyempurnakan amanah mempengerusikan Sidang 17, Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Seramai 908 graduan UiTM Cawangan Perak menerima ijazah masing-masing:

  • Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur: 642 graduan

  • Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka: 266 graduan

Tahniah kepada semua graduan dan ibu bapa!

Terima kasih kepada semua insan yang terlibat dalam menjayakan istiadat penuh makna ini.

Terlalu ramai yang terlibat dari waktu pelajar memohon masuk ke institusi keramat ini, melalui proses pembelajaran, sehinggalah dianugerahkan ijazah atau diploma pada hari ini. Ini adalah suatu usaha yang memerlukan komitmen dan dedikasi.

Apa yang anda lihat dalam istiadat ini hanyalah kemuncak kepada hasil pelbagai usaha persediaan dan latihan oleh staf dan pelajar dalam menjayakan istiadat yang penuh dengan tradisi ini. Setiap langkah diatur, aturan kursinya harus berjajar, terletaknya jubahnya harus kemas, susun atur bahasanya harus sempurna, malah tunduk hormatnya penuh sopan dan manis.

Terima kasih kepada semua yang terlibat! Teruskan usaha dan tingkatkan semangat sehingga tugas kita untuk Konvokesyen ke-101 ini selesai sepenuhnya di Kuching, InsyaAllah. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita, amin .

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Files

Konvo 101 UiTM Caw PeraK (1).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (2).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (3).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (4).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (5).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (6).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (7).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (8).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (9).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (10).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (11).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (12).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (13).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (14).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (15).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (16).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (17).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (18).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (19).jpg
Konvo 101 UiTM Caw PeraK (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101: Pengijazahan Graduan dari UiTM Cawangan Perak,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 23, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1313.

Output Formats