Majlis Perasmian dan Pelancaran Malaysia Cyber Security Strategy 2025-2030 di PICC

Title

Majlis Perasmian dan Pelancaran Malaysia Cyber Security Strategy 2025-2030 di PICC

Description

Alhamdulillah, pagi semalam menghadiri CYDES 2025 di PICC, Majlis Perasmian dan Peluncuran Malaysia Cyber Security Strategy 2025-2030 dan Cyber Defense & Security Exhibition and Conference (CYDES) 2025, oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I di Putrajaya International Convention Centre.

UiTM menjalin kerjasama bertukar dokumen MOU dengan pihak NACSA, Kerjasama Strategik untuk Perkukuh Keselamatan Siber Negara. Pertukaran dokumen turut disaksikan oleh YBM KPT, YB DSD Dr. Zambry Abd. Kadir.

NACSA diwakili Ir Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin, Ketua Eksekutif NACSA, merupakan kolaborasi strategik yang menggabungkan kepakaran akademik UiTM dan peranan dasar NACSA dalam memperkasa penyelidikan, latihan profesional, kurikulum siber, dan pembangunan teknologi kritikal.

Kerjasama yang dijalinkan melalui Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) bukan sekadar mempersiapkan tenaga mahir masa depan, malah memperkukuh pertahanan siber negara secara menyeluruh. Ahli penyelidik juga terdiri daripada pakar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Turut bertukar dokumen MOU adalah UKM, UTeM yang diwakili Naib Canselor UTeM Prof. Ts Dr. Massila Kamalrudin, UTHM, MSU, dan UCTATI. Tahniah semua.

Berkesempatan juga bertemu warga Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber, UTeM, dan ahli UTeM UTeMCySCC (UTeM Cybersecurity Competence Centre), kumpulan penyelidik yang bekerjasama dengan CSM dalam menghasilkan perisian pengesan malware yang kini digunakan melindungi agensi kerajaan dalam negara.

Semoga usaha bersama ini membuahkan lebih hasil dalam mempertingkat daya tahan siber negara.

“NO TECHNOLOGY IS STRONGER THAN THE PEOPLE BEHIND IT”

— YAB TPM CYDES 2025

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7 #GRU2025
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1Vxr23vhRt/

Files

UiTM Nacxsa (1).jpg
UiTM Nacxsa (2).jpg
UiTM Nacxsa (3).jpg
UiTM Nacxsa (4).jpg
UiTM Nacxsa (5).jpg
UiTM Nacxsa (6).jpg
UiTM Nacxsa (7).jpg
UiTM Nacxsa (8).jpg
UiTM Nacxsa (9).jpg
UiTM Nacxsa (10).jpg
UiTM Nacxsa (11).jpg
UiTM Nacxsa (12).jpg
UiTM Nacxsa (13).jpg
UiTM Nacxsa (14).jpg
UiTM Nacxsa (15).jpg
UiTM Nacxsa (16).jpg
UiTM Nacxsa (17).jpg
UiTM Nacxsa (18).jpg
UiTM Nacxsa (19).jpg
UiTM Nacxsa (20).jpg

Collection

Citation

“Majlis Perasmian dan Pelancaran Malaysia Cyber Security Strategy 2025-2030 di PICC,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 6, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1369.

Output Formats