"UiTM Menepati Standard Antarabangsa: Pensijilan MS ISO 9001:2015 Dikekalkan"
Title
Description
Tahniah kepada seluruh warga UiTM atas pengekalan Pensijilan MS ISO 9001:2015. Alhamdulillah
Petang semalam menghadiri Majlis Penutup Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Pembentangan dapatan audit telah dibentangkan oleh pasukan audit daripada Lloyd's Register Quality Assurance (LRQA) yang diketuai oleh Cik Lee Yin Yan dan Encik Norfaizal Mohamed Saad.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama, komitmen dan sumbangan yang diberikan oleh ahli MEU dan seluruh warga UiTM sepanjang proses audit dijalankan. Terima kasih INQKA atas pengurusetiaan terbaik!
Sepanjang pelaksanaan sesi audit tersebut, pasukan auditor telah menyemak kesemua proses-proses kerja baik dari segi rekod, jadual dan laporan daripada 17 jabatan yang terlibat, yang meliputi Management Review, Human Resource Development, Internal Audits, Customer Satisfaction, Management of Academic Affairs, Student Enrolment, Industry, Community & Alumni Network dan Infrastructure & Work Environment.
Usaha, komitmen dan budaya kualiti yang ditunjukkan telah menjadi pemangkin kepada kejayaan dalam mengekalkan pensijilan yang diterima. Alhamdulillah.
Globally Renowned, Locally Rooted
Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air
Usaha. Taqwa. Mulia.
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️