Malam Alumni Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM 2025
Title
Description
Alhamdulillah, malam semalam menghadiri Malam Alumni FSPPP UiTM 2025 dengan tema pakaian retro. Sesekali macam jadi Pak Maun pula.
Majlis Malam Alumni Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) 2025, anjuran Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni FSPPP, Persatuan Pelajar dan Persatuan Alumni Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM se-Malaysia (ASPAA).
Malam ini bukan sekadar pertemuan semula, tetapi sebagai lambang kesepaduan yang telah bersemarak antara alumni, pelajar dan seluruh warga FSPPP. Malam penuh bermakna, diulit sejarah dan harapan. Tahniah FSPPP yang menghidupkan semula majlis ini setelah sekian lama sepi sejak kita dilanda wabak COVID.
Ramai alumni FSPPP sejak awal penubuhannya merupakan tokoh-tokoh hebat yang mencorak dasar, membentuk polisi, dan mencetus inspirasi dalam dunia pentadbiran negara.
Antara nama besar Alumni FSPPP yang hadir, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof (Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia) YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen (Ahli LPU UiTM),YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Mantan Pengerusi LPU / Naib Canselor UiTM ke-2),Datuk Seri Hamzah,dan turut hadir Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah (TNCPI), YBrs. Prof. Dr. Yamin Yasin (Rektor UiTM Negeri Sembilan) dan YBrs. Prof. Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith (Dekan FSPPP UiTM).
Kita turut bersyukur dan amat berbangga dengan pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu, iaitu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, yang juga merupakan salah seorang alumni fakulti ini.
Terima kasih kepada pihak penganjur, penaja dan semua alumni yang turut hadir malam tadi. Semoga semua alumni FSPPP dan alumni UiTM amnya, tersemarak semula semangat untuk terus menyumbang kepada institusi keramat ini, khususnya FSPPP UiTM.
Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan fakulti — Dr. Muhammad Aiman Awalluddin, Dr. Nurul Hidayana Mohd Noor — dan kepada barisan ahli jawatankuasa Malam Alumni, yang berganding tenaga dan telah bertungkus-lumus menjayakan majlis