Menghadiri Majlis Wacana Pemerkasaan Bangsa & Anugerah Khidmat Setia Warga HEP

Title

Menghadiri Majlis Wacana Pemerkasaan Bangsa & Anugerah Khidmat Setia Warga HEP

Description


Petang tadi singgah di HEP meniup dan membakar semangat dalam Wacana Pemerkasaan Bangsa warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Foyer Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam.

Menekankan perihal pentingnya fungsi HEP dalam seluruh sistem UiTM membina jati diri mahasiswa menjadi warga yang seimbang untuk membangunkan agama, bangsa dan tanah air.

Berbicara juga perihal cabaran dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik, sempat kami berpesan, datangkan positiviti di tempat kerja: senyum, salam, sapa dan saling berterima kasih.

Yang terlebih penting, budayakan berdoa dalam diam untuk saudara sepejabat dan cakna serta empati dengan rakan sekerja.

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
‎دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu).” [Riwayat Muslim (4914)]

Majlis turut meraikan warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang telah berkhidmat selama 20 tahun menerusi penyampaian Anugerah Khidmat Setia UiTM bagi tahun 2023 & 2024 sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan dedikasi berterusan dalam perkhidmatan.

Terima kasih dan tahniah warga HEP!

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/14Nns4Fxn9e/

Files

Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (1).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (2).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (3).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (4).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (5).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (6).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (7).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (8).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (9).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (10).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (11).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (12).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (13).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (14).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (15).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (16).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (17).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (18).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (19).jpg
Menyantuni Majlis Anjuran Warga BHEP UiTM  (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“Menghadiri Majlis Wacana Pemerkasaan Bangsa & Anugerah Khidmat Setia Warga HEP,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 26, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1412.

Output Formats