Tahniah YBhg. Datuk Dr. Fathul Bari atas Pelantikan sebagai Pengerusi UiTM Holding Sdn. Bhd

Title

Tahniah YBhg. Datuk Dr. Fathul Bari atas Pelantikan sebagai Pengerusi UiTM Holding Sdn. Bhd

Description


Pagi tadi sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti, kami mewakili Tan Sri Pengerusi LPU, menyerahkan surat lantikan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Holdings Sdn. Bhd. yang baharu, YBhg. Datuk Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA). Semoga dengan pengalaman YBhg. Datuk yang luas akan membantu memperkasa UHSB dan UiTM secara tidak langsung untuk kelangsungan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Sempat berbual ringkas tentang kedudukan dan halatuju UiTM serta cabaran yang sedang dihadapi oleh UHSB. Hadir sama Group CEO UHSB, Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh dan Tuan Pendaftar UiTM.

Tahniah kepada YBhg. Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya dan terima kasih juga atas kesudian membantu UHSB.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1Dfqke5V9d/

Files

Pengerusi UiTM Holding Yang Baharu (1).jpg
Pengerusi UiTM Holding Yang Baharu (2).jpg
Pengerusi UiTM Holding Yang Baharu (3).jpg
Pengerusi UiTM Holding Yang Baharu (4).jpg
Pengerusi UiTM Holding Yang Baharu (5).jpg

Collection

Tags

Citation

“Tahniah YBhg. Datuk Dr. Fathul Bari atas Pelantikan sebagai Pengerusi UiTM Holding Sdn. Bhd,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 1, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1429.

Output Formats