Kerjasama UiTM–PLUS–MIROS: Fokus Keselamatan Jalan Raya

Title

Kerjasama UiTM–PLUS–MIROS: Fokus Keselamatan Jalan Raya

Description



Terima kasih kepada pihak PLUS dan MIROS atas kepercayaan kepada UiTM untuk memeterai Memorandum Kolaborasi (MoC) tiga pihak antara PLUS, MIROS dan UiTM untuk melaksanakan program keselamatan jalan raya.

Berbicang tentang sasaran program dan garis masa pelaksanaan. Kadar kematian dan kemalangan yang melibatkan mahasiswa universiti amat membimbangkan dan memerlukan intervensi langsung untuk mengelakkan negara kehilangan bakat yang penuh potensi.

Kematian melibatkan penunggang motosikal melebihi 60% daripada semua kematian jalan raya di Malaysia, dengan jumlah terbanyak dalam peringkat umur 16–30 tahun.

Semoga usaha ini membuahkan hasil dengan keterlibatan pelajar di semua kampus UiTM seluruh negara, insya-Allah.

PLUS diwakili oleh Pengarah Urusan, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UiTM, dan MIROS diwakili oleh Ketua Pengarah, YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Siti Zaharah binti Ishak. Terima kasih kepada PLUS yang telah bersetuju membiayai usaha murni ini.

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19L7M6b5es/

Files

UiTM MIROS PLUS MoC (1).jpg
UiTM MIROS PLUS MoC (2).jpg
UiTM MIROS PLUS MoC (3).jpg
UiTM MIROS PLUS MoC (4).jpg
UiTM MIROS PLUS MoC (5).jpg

Collection

Tags

Citation

“Kerjasama UiTM–PLUS–MIROS: Fokus Keselamatan Jalan Raya,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 30, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1444.

Output Formats