Ijtimak MADANI Ulama & Guru Pondok Kelantan: Memperkasa Institusi Ilmu Warisan
Title
Description
Alhamdulillah pagi tadi menghadiri Majlis Perasmian Program Ijtimak MADANI Ulama & Guru Pondok Kelantan yang telah berlangsung di Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang bermula jam 8.00 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini telah dilaksanakan dengan kerjasama UiTM Cawangan Kelantan dan Akademi Nunji.
Ijtimak ini merupakan himpunan terbesar ulama dan tok guru pondok Kelantan dan selatan Thailand, bertujuan memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan lagi peranan institusi pondok dalam pembangunan masyarakat.
Kehadiran para ulama, tok guru, pelajar dan masyarakat umum telah memeriahkan suasana serta menjadikan program ini sebagai satu platform penting untuk perkongsian ilmu dan pengukuhan jaringan silaturahim.
YAB PM dalam ucapannya membuat seruan “Islah Mastata’tu” (إِصْلَاحُ مَا اسْتَطَعْتُ) harus didasari dengan hikmah dan bijaksana selaras dengan kehendak agama.
Allah SWT berfirman:
إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّـهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali.
(Surah Hud: 88)
YAB PM menegaskan, sudah tiba masanya gedung ilmu yang selama ini menjadi kubu pertahanan akidah umat sewaktu zaman penjajahan diberi nafas baharu. Setelah sekian lama ianya mulai luntur lantaran tidak dapat berkembang dengan baik, wajar diberi ruang untuk tumbuh kembali.
Kita wajar persiapkan dan bangunkan institusi pondok sebagai benteng melawan pengaruh yang merosakkan dan menyediakan anak kita menghadapi tantangan zaman.
Turut hadir YAB MB Kelantan, YBM KPT, dan YBM KDN.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️