[Renungan Pagi] Perkongsian Petikan Bait Zapin : "Zapin Pusaka"
Title
Description
Assalamualaikum, Salam pagi Isnin.. pagi tadi kononnya petik lagu Zapin, temenung kejap, halusnya senikatanya…
Zapin Pusaka
Salam bertaut di anjung hari
Madah dan pantun adat meneman
Malam disambut merenung diri
Langkah tersusun buat pedoman
Secangkir susu belum dipinta
Sudah sedia di atas dulang
Fikir dahulu sebelum kata
Lidah berbisa bukan kepalang
Perawan kampung petik cempaka
Di petang redup lalu berseri
Jangan dicanggung adat pusaka
Sepanjang hidup malu sendiri
Mana kemudi patah dikerat
Berapa luas biduk kelana
Binasa budi padah melarat
Kerana emas sanggup dihina
Renunglah diri… moga ia menjadi pedoman…
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️