Perkongsian Hantaran : INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM) DIISYTIHARKAN SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI
Title
Perkongsian Hantaran : INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM) DIISYTIHARKAN SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI
Description
Perkongsian Hantaran :
-------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------

INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM) DIISYTIHARKAN SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI
Pada hari ini dalam tahun 1999, Institut Teknologi MARA (ITM) diumumkan menjadi universiti dan dinamakan sebagai Universiti Teknologi MARA (UTMara) dalam satu Perhimpunan Perdana Siswazah ITM bersama YAB Perdana Menteri di Stadium Malawati, Shah Alam. Melalui pengumuman ini, UTMara telah mara setapak lagi untuk menjadi sebuah universiti yang ulung di Malaysia. Walau bagaimanapun, status kemasukannya yang hanya untuk golongan Bumiputera tetap tidak berubah. UTMara yang sehingga kini sudah melahirkan kira-kira 500,000 orang graduan bermula dengan penubuhan Dewan Latihan Perbadanan Pembangunan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1956.
Pada awal penubuhannya itu, hanya seramai 25 orang penuntut sahaja yang diambil untuk melalui sesi pembelajaran. Namanya kemudian ditukar kepada Maktab MARA pada tahun 1965 dan dinaik taraf kepada sebuah institut dan dikenali sebagai ITM pada tahun 1967. Pada tahun 1970 pula ITM diberikan kuasa autonomi dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Melalui kelulusan Akta ITM di Parlimen pada tahun 1976, ia diletakkan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan. Akta ITM sekali lagi dipinda pada tahun 1996 bagi memberikan status universiti. Pada 26 Ogos 1999 ITM mula dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kini UiTM ialah universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur dan teknologi terkini yang merangkumi 34 kampus, empat kolej pengajian, 14 fakulti dan sembilan pusat akademik di seluruh negara.
Kini UiTM ialah universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur dan teknologi terkini yang merangkumi 34 kampus, empat kolej pengajian, 14 fakulti dan sembilan pusat akademik di seluruh negara.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.
Source
Official Facebook Page : Arkib Negara Malaysia
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1AunadxXf5/
Collection
Citation
“Perkongsian Hantaran : INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM) DIISYTIHARKAN SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 5, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1493.