Tinjauan Akhir Persiapan Konvokesyen UiTM ke-102

Title

Tinjauan Akhir Persiapan Konvokesyen UiTM ke-102

Description



Petang tadi, berkesempatan membuat lawatan ke Dewan Agung Tuanku Canselor bagi meninjau persiapan terakhir menjelang Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102.

Penerangan telah diberikan oleh Tuan Pendaftar UiTM berkenaan pergerakan terkini bagi sidang pertama, yang akan dipengerusikan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, selaku Pro-Canselor UiTM.

Tahniah kepada semua graduan serta ibu bapa!
Selamat kembali dan selamat datang ke Kampus UiTM Shah Alam.

Saya juga sempat merakamkan ucapan ringkas untuk para graduan sidang kali ini, Alhamdulillah, dan turut berpeluang bertemu serta beramah mesra dengan sukarelawan mahasiswa yang akan membantu tetamu yang memerlukan bantuan khas.

Terima kasih anak-anak yang ikhlas menghulurkan masa dan tenaga.
Allah jua sebaik-baik pemberi ganjaran.

Semoga semuanya selamat dalam perjalanan pergi dan balik,
dimudahkan segala urusan, dan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.
Semoga istiadat konvokesyen kita berjalan lancar dan diberkati,
Āmīn 

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#MalaysiaMADANIrakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1GjLb1eJ5Y/

Files

VC Meninjau Persiapan Akhir Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 102 (1).jpg
VC Meninjau Persiapan Akhir Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 102 (2).jpg
VC Meninjau Persiapan Akhir Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 102 (3).jpg
VC Meninjau Persiapan Akhir Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 102 (4).jpg
VC Meninjau Persiapan Akhir Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 102 (5).jpg
VC Meninjau Persiapan Akhir Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 102 (6).jpg
VC Meninjau Persiapan Akhir Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 102 (7).jpg
VC Meninjau Persiapan Akhir Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 102 (8).jpg

Collection

Tags

Citation

“Tinjauan Akhir Persiapan Konvokesyen UiTM ke-102,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 28, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1507.

Output Formats