Perkongsian Hantaran : Konvokesyen UiTM ke-102: Titah Perutusan DYMM Tengku Permaisuri Selangor
Title
Perkongsian Hantaran : Konvokesyen UiTM ke-102: Titah Perutusan DYMM Tengku Permaisuri Selangor
Description

Menjunjung Kasih Tuanku ...
Perkongsian Hantaran dari Selangor Royal Office
__________________________________________________
3 September 2025 ~
Baginda berkenan mengurniakan ijazah sarjana kepada 237 graduan pascasiswazah bagi peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana Kepakaran Klinikal hari ini.
Turut hadir, Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib.
Dalam titah ucapan, Baginda menegaskan agar tiada mana-mana pihak mengganggu-gugat kedudukan serta peranan asal UiTM.
Baginda bertitah bahawa UiTM mempunyai sejarah istimewa, khususnya dalam membina kecemerlangan dan jati diri bangsa Melayu serta bumiputera menerusi pendidikan tinggi.
Titah Baginda lagi, penubuhan dan pembentukan UiTM dalam melindungi hak orang Melayu, Orang Asli serta anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak yang selari dengan Akta 173 (1A), menurut Peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, akan terus dipelihara dengan utuh.
Baginda turut menzahirkan titah peringatan kepada generasi muda, khususnya para graduan, agar tidak pernah berasa jemu untuk terus menuntut ilmu meskipun setelah menamatkan pengajian.
Pendidikan hendaklah sentiasa dijadikan agenda utama negara, yang wajib diperkasa bersesuaian dengan kehendak zaman dan keperluan masyarakat.
Baginda turut berpesan agar keterbukaan dalam berkongsi maklumat di media sosial, diurus dengan bijak bagi mengelakkan fitnah, berita palsu dan perbalahan yang boleh menggugat keharmonian negara.
Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada 24,643 graduan yang menamatkan pengajian mereka sempena konvokesyen kali ini.
Source
Official Facebook Page : Selangor Royal Office
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1CFFjUVseX/
Collection
Citation
“Perkongsian Hantaran : Konvokesyen UiTM ke-102: Titah Perutusan DYMM Tengku Permaisuri Selangor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 18, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1511.