Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-43 di UPM
Title
Description

Alhamdulillah, pagi ini selaku Komandan PALAPES UiTM, menghadiri Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Ke-43 di Universiti Putra Malaysia (UPM).
DYTM Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pro-Canselor UPM, telah berkenan bercemar Duli menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Diraja yang merupakan acara kemuncak bagi Pegawai Kadet PALAPES UA.
Seramai 1,927 orang telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda Rejimen Askar Wataniah. Tahniah kepada semua Pegawai Kadet khususnya dari UiTM yang terdiri daripada 132 orang PALAPES Darat, 41 PALAPES Laut dan 42 orang PALAPES Udara.
Tahniah Dato’ NC dan warga UPM sebagai tuan rumah. Terima kasih YBM Mindef, semua DS Panglima dan warga ATM yang terlibat menjayakan majlis penuh gemilang, Alhamdulillah.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا