Bertemu Dua Da’ie Masyhur : Dato’ Farid Ravi & Ustaz Roslan
Title
Description

Minggu lalu bertemu dua individu Da’ie masyhur, yang bagi mereka yang sering menadah ilmu dari ceramah di kaca TV pasti kenal. Hari Khamis, menyantuni sahabat kami YBhg. Dato' Profesor Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS), yang menghadiri konvokesyen anakanda sulung beliau pada Sesi 15.
Tahniah Dato’, seorang bapa yang hebat kini membesarkan anak-anak. Kami turut berkongsi kegembiraan dan bersyukur, Alhamdulillah.
Lama sembang pasal Jordan — YBhg. Dato’ lama menuntut di sana dan kami pula baru pulang melawat beberapa universiti serta menjalin MOU/MOA dengan beberapa buah universiti di Jordan. Sembang lawatan makam di Mu’tah, Dato’ gurau, "jangan tersasul Mut’ah" .
Hari Jumaat, selesai solat, terserempak pula dengan Ustaz Roslan Mohamed yang kebetulan membuat pengisian sebelum Solat Jumaat. Kami sempat berbual ringkas, Alhamdulillah.
Semoga Allah memudahkan urusan, merahmati dan memberkati dua insan istimewa ini yang gigih menyebar ilmu dan kefahaman Islam kepada masyarakat seluruhnya, amin .
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️