Kemudahan Bantuan dan Sokongan UiTM untuk Pelajar yang Memerlukan

Title

Kemudahan Bantuan dan Sokongan UiTM untuk Pelajar yang Memerlukan

Description



Saban tahun UiTM akan terus menjalankan fungsinya membantu menyediakan peluang pendidikan tinggi untuk anak bangsa, terutamanya bagi yang memerlukan; tahun ini, bagi yang menandakan status B40 dalam UPU, seramai 5,565 (25%) orang pelajar B40 akan mendaftar.

Semakan lanjut menunjukkan seramai 9,648 (43%) orang pelajar baharu datang dari keluarga yang berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.

Bagi pelajar (baharu dan lama) yang memerlukan bantuan, berikut antara khidmat yang disediakan oleh HEP:

Bantuan & Sokongan Kewangan
• Biasiswa & pinjaman pendidikan (yayasan, dermasiswa)
• Tabung Kebajikan Pelajar – bantuan kewangan kecemasan
• Zakat & Baitulmal – bantuan kewangan/keperluan asas untuk pelajar asnaf
• Bantuan makanan / Dapur Siswa – program makanan percuma, Dapur HEP dan Gerobok Rezeki

Kebajikan Akademik
• Bantuan peralatan belajar (laptop, data internet – bergantung kepada program khas)
• Khidmat bimbingan akademik – mentor-mentee, kaunselor akademik
• Pusat sumber / perpustakaan dengan kemudahan pembelajaran

Jumlah kutipan zakat bagi tahun 2024 ialah sebanyak RM16.4 juta; daripada jumlah kutipan ini, Lembaga Zakat Selangor telah memulangkan 50% kepada UiTM untuk diagihkan.

Jumlah agihan bagi tahun 2024 ialah RM8 juta kepada 14,152 pelajar asnaf telah dibantu, Alhamdulillah.

Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar (UPKP)
Aras 3, Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam
Tel: (+603) 5544 3545
Emel: Emel: upkp@uitm.edu.my
Nombor hotline kebajikan: 03-5544 3542 / 03-5544 3545

Dan anda boleh berhubung dengan unit kebajikan pelajar atau HEP di setiap kampus.

Globally Renowned, Locally Rooted
‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Date

Language

Malay, English, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/14L3E5uf1dB/

Files

Sumbangan Kepada Pelajar  (1).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (2).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (3).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (4).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (5).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (6).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (7).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (8).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (9).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (10).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (11).jpg
Sumbangan Kepada Pelajar  (12).jpg

Collection

Tags

Citation

“Kemudahan Bantuan dan Sokongan UiTM untuk Pelajar yang Memerlukan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 4, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1553.

Output Formats