RM238 Juta Baiki Kemudahan Kolej Kediaman, ICT UiTM
Title
Description
Alhamdulillah, sebelum ke Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan 2025, awal pagi semalam melihat sendiri kerja naik taraf tandas Kolej Teratai termasuk tandas OKU.
Alhamdulillah, UiTM telah menerima peruntukan sebanyak RM238 juta bagi tempoh 2021 hingga 2025 untuk menyelenggara dan membaik pulih kolej-kolej kediaman serta menaik taraf kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di semua 34 kampus di seluruh negara. Sebanyak RM170 juta diperuntukkan khusus bagi baik pulih kolej kediaman yang melibatkan bangunan-bangunan yang usang menerusi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
UiTM juga, dengan kerjasama SKMM, sedang melengkapkan kemudahan WiFi di seluruh sistem. Ada kolej yang disediakan satu AP untuk setiap bilik.
Alhamdulillah, mutu barangan dan kelajuan capaian internet sangat memuaskan. Semoga mahasiswa menjaga semua kemudahan ini kelak dengan baik dan menggunakan WiFi untuk tujuan pembelajaran sebaiknya.
Mohon pelajar harap bersabar untuk tempoh kerja naik taraf berfasa ini diselesaikan, Insya-Allah.
Terima kasih kepada YAB PM yang juga telah mengumumkan peruntukan untuk MARA, UiTM dan Yayasan Peneraju sebanyak RM6 bilion untuk terus memberikan kemudahan dan perkhidmatan terbaik, Insya-Allah.
Terima kasih juga kepada semua pegawai utama UiTM, khususnya TNC HEP,