Ulang Siar Hantaran : Doa Buat Negara Malaysia dan Rakyatnya
Title
Subject
Description

Posting Naib Canselor UiTM
Semoga Allah merahmati Malaysia dan seluruh warganya, amin.
❤️ صلوا على النبي ❤️
Posting shared from PMX Facebook:
Alhamdulillah, pagi ini saya berpeluang menghadiri kuliah Subuh yang disampaikan oleh Al-‘Allamah Habib Umar bin Hafidz, Pengasas dan Pengetua Dar Al-Mustafa, Tarim, Yaman, serta seterusnya menyantuni beliau bersama delegasi di Seri Perdana, Putrajaya.
Dalam kuliah tersebut, Habib Umar menyentuh perihal kitab Qāmi‘ al-Ṭughyān ‘alā Manẓūmah Shu‘ab al-Īmān karya Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani, antara ulama besar Nusantara yang masyhur.
Antara intipati kuliah ialah tentang kedudukan iman yang sebenar, serta bagaimana tahap keyakinan, rasa cinta, dan mahabbah kepada Allah SWT menjadi teras kepada kekuatan rohani seorang mukmin.
Saya menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas doa yang dipanjatkan oleh Habib Umar, moga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kekuatan, dan keberkatan kepada seluruh umat Islam, serta kepada watan yang tercinta.
Usai kuliah, saya berkesempatan menyerahkan naskhah Mushaf (al-Quran) Tarim Riwayat ad-Duri ‘an Abi Amr wa al-Basri kepada Habib Umar, sebagai tanda sempurnanya salah satu projek 1 Juta al-Quran yang telah digerakkan sebelum ini.
Penyerahan Mushaf Tarim ini melambangkan satu lagi pencapaian penting Malaysia dalam bidang penerbitan al-Quran, sekali gus menegaskan peranan negara sebagai pusat pengembangan ilmu dan seni Islam di peringkat global.
Sebelum itu, saya turut bersama para jemaah menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Putra, kesempatan bagi mempererat ukhuwah dan silaturahim dalam suasana penuh ketenangan dan keberkatan.
Semoga Allah merahmati Malaysia dan seluruh warganya, amin.