Mesyuarat Majlis Profesor Universiti Bersama Pengerusi dan JK Baharu ke Arah UiTM 2030

Title

Mesyuarat Majlis Profesor Universiti Bersama Pengerusi dan JK Baharu ke Arah UiTM 2030

Subject

Majlis Profesor Universiti; UiTM 2030; Academic Leadership; University Governance; Talent Succession Planning; Academic Excellence; Higher Education Malaysia

Description



Alhamdulillah, pagi Khamis sempat bersidang bersama Majlis Profesor Universiti dengan Pengerusi dan Jawatankuasa yang baharu bagi memacu MPU dengan Visi, Misi, Falsafah dan Objektif UiTM ke arah UiTM 2030.

MPU adalah pemikir UiTM, penggerak usaha inovatif baharu dan berperanan sebagai semak dan imbang untuk halatuju pendidikan dan penyelidikan universiti keramat ini. Para Profesor merupakan ahli bijak pandai UiTM, maka memastikan pelan penggantian bakat perlu dilakukan segera demi kelangsungan perjuangan pendidikan UiTM.

Dengan jumlah yang tidak sampai 2% daripada keseluruhan kakitangan akademik, usaha berganda perlu dilaksanakan segera bagi memastikan kualiti dan kuantiti profesor UiTM terus unggul. Setelah berkongsi Aspirasi dan halatuju bersama, pelbagai input, pandangan dan cadangan telah dilontarkan oleh ahli Profesor untuk menjayakan visi UiTM menjadi sebuah universiti unggul, insyaAllah.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post (Facebook), Event Announcement

Coverage

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1EAiwZPSvr/

Files

Persidangan MPU (1).jpg
Persidangan MPU (2).jpg
Persidangan MPU (3).jpg
Persidangan MPU (4).jpg
Persidangan MPU (5).jpg
Persidangan MPU (6).jpg
Persidangan MPU (7).jpg
Persidangan MPU (8).jpg
Persidangan MPU (9).jpg
Persidangan MPU (10).jpg
Persidangan MPU (11).jpg
Persidangan MPU (12).jpg
Persidangan MPU (13).jpg
Persidangan MPU (14).jpg
Persidangan MPU (15).jpg
Persidangan MPU (16).jpg
Persidangan MPU (17).jpg
Persidangan MPU (18).jpg
Persidangan MPU (19).jpg
Persidangan MPU (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Mesyuarat Majlis Profesor Universiti Bersama Pengerusi dan JK Baharu ke Arah UiTM 2030,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 19, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1820.

Output Formats