Menapak ke Tahun 2026 : 70 Tahun Perjuangan Universiti Teknologi MARA

Title

Menapak ke Tahun 2026 : 70 Tahun Perjuangan Universiti Teknologi MARA

Subject

Perjalanan 70 tahun Universiti Teknologi MARA dan aspirasi menuju tahun 2026

Description



Menapak ke tahun 2026, maka institusi keramat ini akan berusia 70 tahun dari tertubuhnya Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956. Perjalanannya jauh, penuh ranjau dan liku, jatuh bangun, perjuangan harus diteruskan, tetap utuh atas dasar perjuangan asalnya.

Menutup tahun 2025 dengan pencapaian terbaik UiTM sehingga kini, terima kasih kepada semua warga dan juga mereka yang mendahului kita yang meletakkan kita di kedudukan sekarang, melangsungkan GRU2025 dengan UiTM2030, UiTM Universiti Unggul, Pemacu Bumiputera Profesional.

Pemimpin datang dan pergi, UiTM akan tetap dengan perjuangannya mendidik, mengasuh, melatih dan membela nasib anak bangsa dengan membekalkan ilmu, bekal hidup dunia dan akhirat.

Ayuh, sambil kita melangkah ke tahun 2026, tingkatkan semangat, rapatkan kebersamaan, saling melengkap mana yang kurang, menaut hati, membulat tekad, terus berkorban untuk sebuah perjuangan.

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا
Dan katakanlah: “Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong.”
(Al-Isra’ 80)

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Perutusan kepimpinan Universiti Teknologi MARA berkaitan pencapaian UiTM tahun 2025 dan aspirasi strategik menuju tahun 2026 dan UiTM2030

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi), English

Type

Social Media Post (Facebook), Performance report

Coverage

Universiti Teknologi MARA UiTM, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1AS45Eoz9t/

Files

70 tahun Universiti Teknologi MARA dan aspirasi menuju tahun 2026.jpg
70 tahun Universiti Teknologi MARA dan aspirasi menuju tahun 2026 2.jpg
70 tahun Universiti Teknologi MARA dan aspirasi menuju tahun 2026 3.jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menapak ke Tahun 2026 : 70 Tahun Perjuangan Universiti Teknologi MARA,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 21, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1871.

Output Formats