Perkongsian Siaran Langsung : Siaran Langsung Malam Kemuncak Anugerah Carta IKIMfm 2025 di UiTM Shah Alam
Title
Subject
Description

SIARAN LANGSUNG ANUGERAH CARTA IKIMfm 2025
Saksikan siaran langsung Anugerah Carta IKIMfm 2025 dari malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.
Tonton secara langsung di www.tvikim.my serta semua platform media sosial IKIMfm dan tvIKIM, dan dengarkan secara langsung di radio IKIMfm.
Anugerah berprestij ini dibawakan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan sokongan penaja utama Komuniti Dakwah Tarbiah (KDT), Insaf Insani, Mardhiyyah Hotel dan UiTM Shah Alam.
ACI 2025 menampilkan 10 finalis yang terdiri daripada artis nasyid terkenal tanah air.
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara ACI 2025?
Sama-sama kita nantikan malam penuh gemilang ini.
#AnugerahCartaIKIMfm2025 #ACI2025 #Nasyid #tvIKIM #IKIMfm #UiTM