Keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis : Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis

Title

Keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis : Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis

Subject

Alumni UiTM, Kesukarelawanan, Gaya Hidup Sihat, Raja Muda Perlis, Komuniti, UiTM Perlis

Description



Menjunjung kasih Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis atas perkenan berangkat ke Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis yang telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 17 Januari, bertempat di The Expressionz, Jalan Bernama, Kuala Lumpur.

Program ini dianjurkan sebagai platform memperkukuh hubungan strategik antara alumni, pengurusan universiti serta komuniti setempat melalui aktiviti berteraskan gaya hidup sihat dan kesukarelawanan.

Program diserikan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis serta kehadiran Presiden Persatuan Alumni UiTM Perlis, Tn. Hj. Ahmad Shamsul Baharin Mohd Hanafiah selaku tuan rumah, YBhg. Tan Sri Mohd Khamil Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), YBhg. Prof. Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor, Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Encik Wan Mohd Yaseer Mohd Abdoh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, YBrs. Dr. Nurwahida Fuad, Koordinator ICAN, serta YBrs. Gs. Dr. Fazly Amri Mohd, Koordinator Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Perlis.

Sepanjang program, Tuanku telah berkenan beramah mesra dan melakukan aktiviti menembak di Lapangan Sasar PULAPOL, serta menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada asnaf PULAPOL.

Baginda kemudian meneruskan kayuhan ke destinasi terakhir di Kebun Bandar Sungai Bunus bagi beramah mesra serta melihat aktiviti perkebunan di bawah kelolaan pemegang taruh kebun bandar berkenaan. Raja Muda Perlis turut berkenan menanam pokok mangga harumanis di plot Kebun Sungai Bunus.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen UiTM dalam memupuk nilai kesukarelawanan, kebersamaan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan alumni dan warga universiti. Program Kayuhan Alumni ini diharap dapat menjadi agenda berterusan yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah mengukuhkan hubungan erat antara universiti, alumni dan masyarakat.

Alhamdulillah, kami direzekikan bertemu sahabat lama, Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris, yang dikenali ketika beliau berkhidmat di Melaka. Terima kasih Datuk atas layanan terbaik semasa kami singgah di PULAPOL!

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

UiTM 2030, Penglibatan Alumni, Tanggungjawab Sosial Universiti

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post (Facebook), Activity Record Update

Coverage

Sekitar Kuala Lumpur, Persatuan Alumni UiTM Cawangan Perlis

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1AL4kBA7Pi/

Files

Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (1).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (2).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (3).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (4).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (5).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (6).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (7).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (8).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (9).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (10).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (11).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (12).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (13).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (14).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (15).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (16).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (17).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (18).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (19).jpg
Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis : Program Kayuhan Alumni UiTM Perlis,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1894.

Output Formats