Mengadap DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi Penetapan Tarikh Konvokesyen UiTM dan Hal Ehwal Pelantikan Pro-Canselor

Title

Mengadap DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi Penetapan Tarikh Konvokesyen UiTM dan Hal Ehwal Pelantikan Pro-Canselor

Subject

Konvokesyen UiTM, Yang di-Pertuan Agong; Canselor UiTM, Pro-Canselor, Lembaga Pengarah UiTM, Istana Negara

Description



Alhamdulillah pagi ini selesai mengadap dan menyembah maklum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tuanku Canselor UiTM untuk mendapat perkenan DYMM Tuanku bagi penetapan tarikh Konvokesyen ke-104 pada bulan Mei dan ke-105 pada bulan November 2026, bersama YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Memohon perkenan DYMM Tuanku juga atas pelantikan Pro-Canselor baharu dari Sabah atas nasihat YB Menteri KPT. Alhamdulillah DYMM Tuanku turut memberi perkenan langsung penyambungan tiga orang Pro-Canselor.

DYMM Tuanku juga berkenan menerima sembah cendera kenangan hasil lukisan siswa UiTM. Menjunjung Kasih Tuanku.

Alhamdulillah sempat juga mengucap tahniah kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu dilantik, Jeneral Datuk Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-24, sempat sembang, Datuk Panglima High School Batu Pahat, kami High School Segamat.

Sempat juga menyantuni Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, kebetulan Alumni UiTM, kami semua dititah mengadap pagi ini.

Menikmati juga suasana damai Istana Negara waktu matahari mula menyinar pagi di ibu kota, berkat Daulat Duli Tuanku. Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku, amin .

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Konvokesyen UiTM ke-104 dan ke-105

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic

Type

Social Media Posting (Facebook), Institutional Address

Coverage

Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1EQZ4Sg66T/

Files

VC Sembah Maklum pd YDPA (1).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (2).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (3).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (4).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (5).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (6).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (7).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (8).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (9).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (10).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (11).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (12).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (13).jpg
VC Sembah Maklum pd YDPA (14).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Mengadap DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi Penetapan Tarikh Konvokesyen UiTM dan Hal Ehwal Pelantikan Pro-Canselor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 18, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1931.

Output Formats