Solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bersama Kehadiran Perdana Menteri

Title

Solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bersama Kehadiran Perdana Menteri

Subject

Ibadah Solat Jumaat, Penghayatan Hadis, Kehadiran Pemimpin Negara dan Nilai Qanaah

Description

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid kariah kami, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Setibanya di masjid, anggota keselamatan telah bersedia untuk menerima tetamu khas, rupa-rupanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, akan menunaikan solat di sini.

Sempat menyapa Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang turut bersedia menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri, kami segera masuk ke masjid untuk melengkapkan rutin mingguan solat Jumaat.

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِيهِ، فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ

“Sesungguhnya antara hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu, kerana selawat kamu diperlihatkan kepadaku.”
(Sunan Abu Dawud no. 1047)

Kami turut beramal dengan hadis ini walaupun dinilai sangat lemah (da‘if jiddan), yang dipetik oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din:

الصَّلَاةُ عَلَيَّ نُورٌ عَلَى الصِّرَاطِ فَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ثَمَانِينَ مَرَّةً غُفِرَتْ لَهُ ذُنُوبُ ثَمَانِينَ عَامًا

“Selawat ke atasku adalah cahaya ketika berada di Sirat. Sesiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak 80 kali diampunkan dosa-dosanya selama 80 tahun.”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ

80 kali selawat duduk setempat.

Khutbah pada hari ini mengingatkan akan kepentingan menghayati nilai qanaah, iaitu merasa cukup dan bersyukur dengan segala rezeki yang dikurniakan Allah SWT serta mengukur kemampuan diri. Nilai ini amat relevan dengan situasi dunia masa kini.

Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Selangor, YB Exco Selangor dan orang kenamaan negeri, jawatankuasa masjid serta pegawai-pegawai syarak.

Selesai solat, sempat bersalaman dengan YAB Perdana Menteri yang meluangkan masa beramah mesra bersama para jemaah serta memberi peluang untuk bergambar dalam suasana meriah sempena Hari Raya. Alhamdulillah.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Date

Relation

Solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Religious Activity

Coverage

Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/17KoTXCPBs/

Files

Solat Jumaat Masjid Bukit Jelutong.jpg
Solat Jumaat Masjid Bukit Jelutong 2.jpg
Solat Jumaat Masjid Bukit Jelutong 3.jpg
Solat Jumaat Masjid Bukit Jelutong 4.jpg
Solat Jumaat Masjid Bukit Jelutong 5.jpg
Solat Jumaat Masjid Bukit Jelutong 6.jpg
Solat Jumaat Masjid Bukit Jelutong 7.jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi, “Solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bersama Kehadiran Perdana Menteri,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 11, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2026.

Output Formats