Kehadiran Alumni Purdue University dalam Majlis Makan Malam Alumni Purdue University Malaysia
Title
Subject
Description

Alhamdulillah direzekikan untuk hadir majlis makan malam Alumni Purdue University setelah pulang menghadiri hari pertama JWG Malaysia-Türkiye di Pulau Pinang.
Majlis dihoskan oleh YB Datuk Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi, yang juga Alumni Purdue, Boilermaker Class ‘03. Majlis dihadiri pelbagai peringkat umur daripada class of ‘88 sehinggalah terkini, termasuk kami daripada class of ‘89.
Penuh makna meraikan kejayaan semua khususnya penubuhan rasmi Persatuan Alumni Purdue University yang diluluskan pada Januari lalu. Majlis turut merapatkan ukhuwah dan persahabatan yang merentas usia. Sempat juga berkongsi pengalaman dilanda tornado pada tahun 1991 dan melihat kesannya secara langsung, suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Turut dikongsikan pengalaman menghadapi ribut salji dan hujan beku sehingga terputus bekalan elektrik pada musim sejuk tahun 1990.
Antara alumni Purdue lain yang turut hadir ialah YBhg. Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pengerusi Khazanah Research Institute (KRI) dan Datuk Hisham Hamdan, Chief Investment Officer, Khazanah Nasional Berhad.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير