[Video] Perkongsian Hantaran : Panduan Penyediaan Dokumen Sokongan Disahkan bagi Permohonan Pra - Diploma
Title
Subject
Description
Quoted From Facebook Page : Program Pra Diploma UITM
Perkongsian hantaran video daripada Facebook Page Pra Diploma Universiti Teknologi MARA bertajuk “Bagaimana Nak Sediakan Dokumen Sokongan yang Disahkan?”.
1. Sediakan dokumen asal seperti yang disenaraikan dalam keperluan permohonan.
2. Buat salinan atau fotokopi bagi setiap dokumen tersebut.
3. Dapatkan cop pengesahan pada setiap helaian salinan dokumen daripada pegawai yang berkelayakan.
4 Imbas atau scan dokumen yang telah disahkan dalam format PDF atau JPEG.
5. Muat naik atau upload dokumen sokongan yang telah disahkan di portal permohonan:
online.uitm.edu.my/pra
Pastikan borang permohonan juga dilengkapkan dengan betul.
Semak emel anda dari semasa ke semasa kerana pihak Universiti Teknologi MARA akan memberikan maklum balas status permohonan melalui emel yang telah didaftarkan.
Penting: Pastikan notifikasi emel anda aktif supaya tidak terlepas sebarang makluman daripada pihak Universiti Teknologi MARA.
#pradiploma
@followers
@topfans
